Saturday, October 31, 2009

TTS di Genting Sempah

Satu lagi TTS berjaya dianjurkan oleh Gang Ninja KL/Selangor malam tadi. Kali ni bertempat ni Genting Sempah, Bentong, Pahang. 2 hari sblm tuh, satu undian telah dijalankan di forum Ninja250r Malaysia tentang tempat yg bakal jadi lokasi TTS terakhir utk bulan Oktober 2009. Akhirnya, setelah undian ditutup pd 12.30 tgh hari, 30 Oktober 2009, keputusan memihak kpd Genting Sempah walaupun diberi saingan sengit oleh pengundi yg mencadangkan Shah Alam sbg lokasi TTS.

Kebetulan aku ada urusan di KL pd 31 October 2009 ni KL. So, aku rasa ni satu peluang utk aku bersua-muka dan beramah mesra dgn gang Ninja KL/Selangor. Lagipun selama ni, agak ramai yg aku sudah biasa melayan di forum mahupun di Facebook, cuma lom berkesempatan utk berjumpa dialam nyata jer.

Aku bertolak dari Machang, Kelantan dgn menaiki bas. Bas mula bertolak sekitar pukul 11.15 pagi dari Machang. Yg tak bestnya, dipertengahan jalan, aircond bas buat hal la plak. Jap On jap Off. Berpeluh aku dan penumpang lain. Mengikut kata pemandu bas, ada problem ngan aircond compressor. Aku dah risau dah, bila la nak sampai KL nih. Kang tak sempat nak berTTS nih. Pastu byk kali berhenti plak tuh. Apa2pun, Alhamdulillah selamat sampai di Hentian Putra sekitar pukul 6.45 ptg.

Then, naik LRT pi Ampang rumah adik aku. Lepas mandi, solat dan makan sket, pukul 8.40 mlm aku gerak ngan kete Kancil adik aku ke RV point yg dipersetujui, iaitu BHP Petrol selepas Tol Gombak. Hujan renyai-renyai mengiringiku sepanjang perjalanan. Aku agak, sure ada gang Ninja yg turun ngan kete gak ni. Aku sampai di BHP Petrol hampir2 pukul 9.00 mlm. Sampai je di sana, aku mencari2gang-gang Ninja yg dah sampai. Satu pun tak nampak, sebijik Ninja pun takde. Thrn, aku perasan Lowrider tgh makan kat restoran mamak kat BHP Petrol tuh tgh makan ngan wife dia. So, aku pi la sapa Lowrider. Actually, 1st time aku jumpa Lowrider nih. Boleh cam muka dia pasal avatarnya di forum sebijik sama ngan muka kat luar. Tepat sangkaanku, Lowrider pun dtg ngan kete.

Semasa borak2 ngan Lowrider, terdengar deruman enjin Ninja 250R. Rupa2nya Azikri, Lalat, Bluecube, dan Fikri tiba, diikuti pula oleh Miekawa dan Najib13. Sambung borak-borak kat situ. Kat luar, hujan renyai2 masih turun. "Camne ni Abg Mie? Jadi tak naik Genting Sempah ni? Kita TTS kat sini jer lah", kata salah sorang dari kami kpd Bro Miekawa. Masing-masing gelak jer...hehehehehe

Then, bila jam menunjukkan pukul 10.00 mlm, hujan pun dah makin reda. Kami decide nak gerak ke Genting Sempah. Sampai je kat sana, Dafinka, Rosli, Danny dan Mhaw dah sedia menunggu di situ. Kami lepak plak kat salah satu gerai kat foodcourt di situ. Seterusnya, Bro Maza tiba dgn Versys nya, diikuti oleh Rajap, Princess 5, Bujal dan isteri, Fara dan lagi 2 orang (alamak,,aku lupa la nama 2 orang bro nih).

Semua yg hadir pd malam tu adalah 1st time aku bersua-muka di alam nyata, kecuali Mhaw yg aku dah jumpa masa dia pergi ke Kuala terengganu tempohari. Mmg best la borak. Mcm2 topik yg keluar. Mostly topik yg santai ler. Berlaku jugak sesi ice breaking secara informal. Acara menghiburkan dan menggeletek hati semua orang mlm tuh dijuarai oleh Azikri dan Dafinka. Terhibur kami ngan gelagat dan cerita dua orang nih... hehehehehehehe. Best tul korang berdua nih.

Kami borak2 kat situ sehinggalah jam menunjukkan pukul 12.40 pagi. Selepas itu, kami pun balik ke rumah masing-masing. Aku menghala ke Ampang, Selangor ler. Apa2pun rasa best sangat jumpa gang-gang yg selama nih aku jumpa kat alam maya kini dijelmakan di alam nyata. Harap2nya next TTS, aku boleh turun ngan Ninja aku, bukan ngan kenderaan 4 roda lagi.

Haa,, ni la wajah-wajah ceria yg menceriakan TTS pd malam tu :)












6 comments:

  1. huhuhu..

    aku org pertama komen kat sini.. hehehehe

    wah! bro akhirnya kita berjumpa jua di Genting Sempah!.. lepas ni bila bro pindah kat KL ni, boleh ler kita roda2 KL lak..

    wakakakkaka

    psst: maza rembat beberpa gambo kat sini, nak kasik taruk kat blog maza lak yea! heheheh
    nice meeting u bro!

    ReplyDelete
  2. TQ Bro Maza coz sudi melawat dan kasi komen.

    Tu lah,,Alhamdulillah,,akhirnya bersua-muka gak kita yer. Don't worry bro,,InsyaAllah dlm bulan Dec 2009 bakal berpindah ke KL. nanti, leh kita TTs dan ride sesama nanti.

    Takde hal bro nak rembat gambar kat sini pun. Sharing is caring :)

    ReplyDelete
  3. good story coverage..mesti sempoi TTS kat situ kan

    ReplyDelete
  4. Gelaran juara TTs keseluruhan tetap ko pegang bro. Sebb ko turun dari jauh semata mau memeriahkan geng ninja. Nice report, menguja! Kena selit sikit elemen humanity. Ermm... nak curik gmbar jugak bleh! hehehehe....

    ReplyDelete
  5. sonoknyerr.. ehehe, me singgah dr blog si maza tewww

    ReplyDelete
  6. budak2 ninja (6 & 10) panjat awana jumaat mlm tuu kol 1 pagi...6 bijik. aku pun terjebak skalik hahaha

    ReplyDelete