Wednesday, October 7, 2009

Ekzos & Tayar Baru



Minggu lepas aku antar Ninja aku nih ke bengkel member aku di Losong, KT. Bukan pasal Ninja aku rosak, tapi nak buat modifikasi ekzos. Member aku nih boleh dikatakan agak berpengalaman la dalam buat ekzos custom nih. So, atas dasar tu la + ongkos yg tak berapa mencukupi, aku serahkan kpd member aku ni la utk buat apa-apa yg patut. Kalau ikutkan hati,,mmg nak taruk full system Yoshimura. Tapi,,bila mengenangkan harga mencecah RM3K lebih,,eiiii..lom sanggup lagi aku. Masa depan tak tau ler...hehehehehehe

Tujuan buat modifikasi ekzos ni bukan apa, nak kasi pick up lebih sket dan menghasilkan bunyi yg agak merdu la sket. Bunyi ekzos standard, lembut sangat. Apa2pun ni pandangan peribadi aku ler. Ada gak orang yg suka maintain standard jer. Itu hak masing-masing ler. Yg penting, jgn kutuk-mengutuk sudah.


Selain drpd tu, aku tukar gak tayar belakang yg hampir botak. Actually, boleh guna lagi. Tapi, mengenangkan aku nak ride jauh, Ride ke Penyabung, Mersing, Johor pd ari jumaat nih + memikirkan keselamatan yg lebih terjamin, aku bulatkan hati tukar tayar tuh. Member aku yg buat ekzos custom tu pun nasihatkan aku suh tukar. Ya lah, ada logiknya jugak, memandangkan skrg nih cuaca tak menentu,,, belah petang asyik ujan lebat jer manjang. Asalnya nak carik tayar Maxxis, pasal ramai gang Ninja aku yg rate tayar nih bagus dan harga tak semahal Bridgestone mahu pun Michelin. Tapi, tak jumpa la plak kat KT nih. Akhirnya beli tayar Kenda 140/70 - 17, made in Taiwan. Tayar Kenda nih ada gak made in Vietnam.


So, malam tadi, aku amik ler Ninja aku nih kat bengkel kawan aku nih. Hmm,,bunyik pun dah lain. Mana tak lainnya,,dah pasang ekzos lain, sure bunyi pun lain ler. Pick up pun terasa naik sket. Tayar Kenda ni pun not bad la masa nak amik corner.


3 comments:

  1. Cun tuu...
    http://gtr150.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wah dah ada exos custom . cun tu . ok la pelan2 kayuh .

    ReplyDelete
  3. panjang tabung...kalo pendek sket pikap lg kuat

    ReplyDelete