Monday, October 26, 2009

TTS Dengan Kenalan Baru

Petang sabtu lepas (24 Oktober 2009), aku dapat SMS dari Mhaw@Hilmi, sorang member aku kat forum Ninja, katanya dah sampai KT tgh hari tadi dgn Ninja barunya. So, kitaorang decide nak ber TTS la. selama ni pun, aku ngan Mhaw nih tak pernah jumpa pun. Jumpa dalam forum Ninja jer. Lagipun, Mhaw nih baru 2 bulan join forum tuh.

Perancangan awalnya, nak jumpa sekitar pukul 5.00 petang di Terengganu Trade Centre (TTC). Tapi disebabkan ujan lebat yg melanda bermula pukul 5 ptg, perancangan tu delay la sket. Aku sebenarnya bertugas di salah sebuah booth di TTC tu sempena Pameran Minggu Kesedaran Kewangan (M2K) yg bermula pd hari Khamis , 22 Oktober 2009. Selain aku, sorang lagi gang Ninja KT, Wanpuma juga bertugas di pameran tersebut. Aku call gak gang Ninja KT yg lain. Ralf x dpt dtg pasal ada hal lain. Zam plak ada kat Kuantan time tuh.

Akhirnya, sekitar pukul 6.30 petang, Mhaw dtg jumpa aku kat TTC tuh. Lepas puas aku belek2 Ninja yg baru kuar kedai beberapa hari milik Mhaw nih, kitaorang pun pi ke sebuah kedai mamak di Giant KT. Masa nih Wanpuma balik ke rumah la plak. So, kitaorang berdua jer lah yg pi TTS di kedai mamak tuh.Oh yer, Ninja MHaw nih, Ninja kaler ijau special edition. Takde beza manapun ngan Ninja keluaran sblm nih,,cuma beza ada tambahan grafik kat fairing jer.

Mhaw citer, besok pagi dia dah nak balik KL. Mhaw nih keje kat KL, dtg KT sbb wife dia keje sini. Lebih kurang aku ler, weekend husband..hehehehehe.

Borak dlm setengah jam je kat situ. Sebelum Mhaw balik, sempat la lagi sekali aku belek2 Ninja baru Mhaw nih. Mileage baru cecah 700km. Ni, bila balik KL, sure lebih 1000km. Dah bleh wat 1st service dah. Sayangnya, lupa plak nak tangkap gambar Mhaw ngan Ninja barunya nih.




No comments:

Post a Comment