Thursday, October 15, 2009

Majlis Hari Raya di Pejabat


Malam tadi, sekitar pukul 8.30 malam, telah berlangsung satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pejabat tempatku mencari rezeki. Majlis berlangsung secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah. Majlis ini khusus utk semua staff. Namun begitu, beberapa jemputan turut diundang, terutama sekali pegawai kanan organisasi yg berdekatan, spt Jabatan Bomba, PDRM dan pegawai kanan dari bank-bank komersil di Kuala Terengganu.

Pelbagai juadah dihidangkan yg pasti membangkitkan selera. Menu utama yg menjadi tarikan,,apalagi satay ler. Cukup ramai yg minat satay nih, tak kira kanak-kanak mahupun yg dewasa, termasuklah aku...hehehehehee. Selain drpd satay, juadah lain yg dihidangkan ialah nasi himpit, rendang, bihun goreng, tapai, ketupat pulut dan pelbagai kuih tradisional yg lain.

Majlis turut diserikan dgn acara pemberian duit raya kpd kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, yg disampaikan oleh Tuan Pengurus di pejabatku. Sungguh ceria wajah kanak-kanak yg menerimanya. Biasalah, teringat zaman aku kecik-kecik dahulu. Dapat duit raya adalah satu saat yg amat menggembirakan.

Majlis berakhir sekitar pukul 10.30 malam. Kelihatan semua staff dan tetamu jemputan menunjukkan riak wajah yg kekenyangan serta gembira sekali.


1 comment: