Thursday, October 1, 2009

Aku dan Kawasaki Ninja 250R

Haa,, kali ni aku nak citer pasal misi membeli Ninja 250R di Ampang, dan seterusnya membawanya balik ke Kuala Terengganu. Pada 3 Sept 2009, aku bertolak ke KL ngan menaiki bas kul 10.00 mlm di KT. Sampailah KL keesokan harinya. Then, pi rumah adik aku di Ampang nun.

Pagi Jumaat tuh, sekitar kul 10 pagi,,aku jumpa sorang mamat SBM kat Stn LRT Kelana Jaya sbb nak amik riding gears yg aku beli ngan dia sblm nih, Cuma tak berkesempatan nak amik. Aku beli Mesh jacket Alpinestar dan boot Gaerne ngan dia.

Ptg jumaat tu plak, sambil aku lepak2,,tetiba SMS Zul masuk tanya pasal moto. Tak lama kemudian, Mat Yen plak tipon aku tanya aku ada kat ner. Dlm ati aku tertanya2 gak,,ni mesti depa ni dah tau misi aku nih... Ptg tuh, aku masuk internet, tgk kat forum BNG. Patutler,,Gondo dah pecah lobang rupanya.

Keesokan harinya,,aku dah tak sabar2 nak pi jumpa tuan Ninja 250R tuh, dan membawa balik ke KT. Maklumlah, dah hampir 2 tahun aku hidup tanpa motor, sejak aku let go 125Z aku kat adik Maizi. Adik ipar aku hantar pi rumah dia, tak jauh pun,,kat Tmn Nirwana jer. Beberapa minit kemudian, Zul BNG plak sampai. Sempatla Zul test Ninja250R tuh sambil bawak anak dia yg sulong.

Selepas semuanya siap, siap pakai safety and riding gears yg sepatutnya, aku bertolak dari Ampang sekitar pukul 9.50 pagi. Bawak slow jer meredah MRR2 tuh. Purata 70 - 90 kmh jer. Maklumlah 1st time aku bawak motor nih, sambil belajar mengenal moto baru aku nih. Tgk tindak balas dia camner. Isi minyak kat Shell yg last sblm menghala ke Tol Gombak, Karak Highway yg lepas Tmn Melati tu.


Masuk jer Karak Highway, dah rasa confident dah makin bertambah. Aku increase aku nyer speeding, bawak sekitar 100 - 120 kmh. Jumpa la 2,3 buah SBK dok melayan corner. Aku nih lom pandai melayan corner nih,,,corner tegak boleh la,,,bawak hati2 jer la,takut terover shoot. Kang naya,,dah la baru amik moto.

Then,,selepas melepasi Tol pertama LPT, iaitu Tol Karak, byk plak jalan lurus.,,confident pun makin increase... Slow-slow aku pun increase akunyer speeding, bawak sekitar 120 - 140 kmh, sehinggalah sampai ke Tol Jabor. Pernah 2 kali cecah 160 kmh,,tapi just utk beberepa saat jer.,,cepat2 slowkan balik moto tuh. Nak lepas drpd tuh @ test maximum speed,,aku lom berani lagi. Apa2pun,,bagi aku,, moto nih best bawak antara 120 – 140 kmh.

Masuk jer Jabor, dah masuk jalanraya, bukan highway lagi. Kete pun dah banyak,,lori pun byk gak. So, dari sini sehinggalah aku sampai ke KT, speed aku just antara 90 -130 kmh jer.

Cuaca sepanjang perjalanan, Alhamdulillah,, 70% mendung, 30% panas. Tiap kali jumpa R&R sure berenti dan rehat sekitar 15 - 20 minit. Bermula dari R&R Temerloh (spi kul 11.12 am), R&R Gambang ( spi kul 12.12 pm) sehinggalah R&R Chendor (spi kul 1.15 pm) Paling lama rehat kat R&R Chendor la, 1 jam lebih. Kat sinilah R&R terakhir yg aku singgah. Dari Chendor ke KT, aku cuma berenti isi minyak kat Shell Dungun jer.Alhamdulillah,,aku selamat sampai ke KT sekitar pukul 4.30 petang.

Antara pengalaman menarik yg aku dpt sepanjang ride ni ialah,,mana2 aku jumpa big bike (tak kira la category supersport ke, cruiser ker, sport touring ke),,sure depa nih hon dan tegur aku. Masa aku bawak kapchai dulu, xder pun orang nak tegur aku.. Kalau berenti kat traffic lain, byk mata yg memandang,,rasa glamour la plak...hehehehehehe. Yg paling aku ingat,,masa isi minyak kat Petronas R&R Gambang. Semasa aku pump minyak, aku perasan sorang rider nih baru sampai nak isi minyak gak. Motonya BMW K1200S,,plet siam. Lepas pump minyak,,aku masuk la bilik air. Then, mamat rider tadik tu masuk bilik air gak. Tros dia tegur aku. Tanya aku dari mana la,nak pi mana la...dan macm2 lagi la borak dlm toilet tuh. Rupa2nya mamat tu Mat Salleh,,ingatkan Mat Siam,,hehehehehe. Katanya dia dok KL,,sbb dia rasa ari tu tak ujan,,nak pi lunch kat Kuantan la. Perghhh,,,dari KL sanggup pi Kuantan semata2 nak lunch. Sorang lagik yg aku ingat, jumpa mamat bawak Virago 535 kat traffic light. Borak kat situ sambil tunggu lampu bertukar ijau.

Apa2pun syukur,,berjaya gak aku memiliki Ninja250R nih. Dah lama dah mengidam nak memiliki jentera 250cc nih.,,sejak Kawa introduce ZXR250 tahun 1997 dulu. Time nak beli,,ada jer komitmen lain. Time Chunut BNG nak jual ZXR250 dia dulu,,dgn rege jauh lebih murah berbanding rege pasaran, time tuh gak aku nak kahwin.Then, bila NAZA introduce Blade250R,,dari segi design nya,,bagi aku not bad. Tak lama kemudian,, ada ura2 Kawa nak introduce Ninja250R nih la,,yg akhirnya masuk Malaysian market June/July 2008 kalau tak silap. Masa nih,,aku dah nekad dah,,selewat2nya,,Jan 2010,,aku mesti beli jentera nih. Kena plak racun yg kaw-kaw dari member2 kat forum Ninja250R Malaysia, akhirnya, Alhamdulillah, Tuhan tunaikan hajat aku lebih awal. 5 September 2009,,Ninja 250R nih dah berada di tangan aku.Terima kasih kat wife aku sbb tak menghalang aku memiliki jentera nih.

Pembelian Ninja250R ni mencatat 2 sejarah dlm hidup aku.
1. Motor pertama yg bukan kategori kapchai yg aku beli.
2. Motor pertama yg hari pertama yg aku miliknya, tros bawak utk solo ride sejauh 440 km. Sblm nih pun, x pernah aku bawak solo ride melepasi 200km. Dah la dlm bulan posa lak tuh,,,singgah R&R bukan bleh makan/minum pun.

6 comments:

  1. Tahniah untuk motor baru! Teruskan blogging pasal alam permotoran.

    ReplyDelete
  2. layan lah~ teringin nk beli satu~ one dayy~ mude lagiii~

    ReplyDelete
  3. Salam

    Sy antara pengguna setia highway PLUS Karak-Jabor.
    Syok bace pasal ride jauh2 solo ni.
    Teringat zaman belajar kat UPM dulu balik ke Dungun sorang2 ngn kapcai (GT128)..feeling tu yang xkan lupa selamanya..

    ReplyDelete
  4. cuba la yg ninja 250r yg baru..versi 2013

    ReplyDelete