Tgh hari semalam, semasa aku sedang bersiap untuk keluar lunch, tetiba officemate aku jerit dari jauh, "Abie, barang yang kau tunggu dah tiba". Segera aku menoleh kat kaunter di lobi pejabatku, nampak dari jauh seorang posman membawa satu bungkusan yang agak besar. Hati aku dah berbunga riang. "Hmm, sampai gak akhirnya " kataku di dalam hati.
"Barang apa ni, Encik. Besar tapi ringan jer," tanya posman tu. "Barang motor," jawabku ringkas. Lepas tu bertalu-talu pertanyaan yg aku terima dari rakan2 sepejabatku yg lain sebaik melihat bungkusan yg aku terima tu. Maklumlah saiz bungkusan tu agak besar, pasti menimbulkan persoalan bagi sesiapa yg melihatnya. Disebabkan byk dapat pertanyaan, aku bagi la macam-macam jawapan, barang motor la, robot la, helikopter kontrol la..
Haa,,korang tau apa barang yg aku tunggu tu ? Actually, bulan lepas aku order satu barang dari rakan forum Ninja250R, iaitu "Undertail Ninja 250R" yg diperbuat drpd carbon fibre. Barang ni dibeli oleh seorang rakan yg dikenali sbg Kirana drpd negara seberang, Indonesia. Rakan aku nih pos bungkusan yg mengandungi Undertail nih hari Isnin, 2 Nov 2009. Tak sangka, pos biasa leh sampai dlm 2 hari jer dar KL ke KT nih.
Bungkusan nih actually mengandungi 2 unit Undertail. Satu kaler hijau yg aku punya, dan satu kaler hitam member aku punya, iaitu Zam, serta sebuah windscreen kepunyaan Zam jugak. Aku perhatikan bungkusan tu elok jer. Ingat nak bukak kat opis tu tros, tapi memikirkan sure ramai yg akan bertanya dan belek-belek barang dalam tu, aku decide bukak bila balik rumah nanti la. Sempat juga aku SMS Zam mengatakan barang yg ditunggu dah tiba. Zam membalas balik SMS mengatakan akan datang tgk barang tu petang nanti.
Sebaik shj aku sampai di rumah sekitar pukul 6 petang, Zam turut tiba di rumahku 10 minit kemudian. Aku pun mula buka bungkusan tersebut. Tengok cantik dan elok cara pembungkusannya. Semua barang nampak elok, kecuali 2 drpd 4 telinga Undertail milik Zam pecah. Tapi aku rasa, yg nih member aku yg terer bikin fibre bleh repair.
Pd sebelah malamnya, sekitar pukul 9 malam, aku hantar Undertail tersebut ke bengkel motor rakanku di Kuala Terengganu ni dgn kereta. Tidak lama kemudian Zam pula tiba ngan Ninja 250R hitamnya. Lepas belek2 Undertail milik Zam yg pecah telinganya tu, dia kata takde masalah nak repair nih,,sket jer ni. Lega Zam mendengarnya. Kemudiannya, aku balik semula ke rumahku ngan Zam utk membawa Ninja250R ku ke bengkel tersebut. Terima kasih Zam kerana tolong bawakan Ninja 250R ku. Aku mengiringi Zam dgn kereta ke bengkel tersebut sekali lagi.
Then, bila sampai di bengkel rakanku tersebut, kami borak-borak sehinggalah jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Selepas itu, kami semua balik ke rumah masing-masing. Ninja 250R ku tinggalkan di bengkel tersebut utk proses modifikasi. Berkemungkinan seminggu kot memandangkan ada barang yg terlibat dlm proses modifikasi ini belum diterima lagi. Aduhh,, sedihnya nak berpidah ngan Ninja kesayanganku ini. Semasa dlm perjalanan balik ke rumah, aku dah terbayang dah camner rupa ekor baru Ninja 250R aku nanti. Korang nak tau? Tunggu posting aku seterusnya...kasi misteri sket...hehehehehe
ekor power dah ada, lepas ni ninja abie boleh terbang sakan lah yea..
ReplyDeletehehehehe
wah makin tambah canik la motor lepas ni, power pun tambah 0.5hp lg :)
ReplyDeletehellooo... sesat lak ke sini.. ehehe. salam singgah!!
ReplyDeleteMaza & Doc : Rasanya dlm minggu depan siap la kot, pasal ada a few parts xder lagi.kalau ikutkan, 2,3 hari leh siap.
ReplyDeleteCinta : TQ dtg singgah. Singgahlah lagi yer...