Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

16 Mei merupakan hari yg cukup istimewa bagi insan yg bergelar pendidik, apabila tarikh ini dipilih sbg Hari Guru. Sempena Hari Guru 2012, aku mengucapkan Selamat Hari Guru kpd semua pendidik , tidak kiralah samada guru,pensyarah, Ustaz, Ustazah dan apa2 gelaran yg sewaktu dgnnya, terutama sekali buat semua pendidik yg pernah mengajarku dari alam pra sekolah sehinggalah aku menamatkan Ijazahku. Jasa kalian cukup besar bagiku.

Aku doakan agar semua pendidik anak bangsa ini diberi kekuatan utk terus tabah menabur bakti dgn penuh ikhlas, mudah-mudahan anda semua diberi ganjaran yg sewajarnya oleh Allah SWT.


Monday, May 14, 2012

Tahniah Manchester City



Tahniah kpd Manchester City, juara baru EPL musim 2011/2012. Setelah menunggu selama 44 tahun, akhirnya mereka di mahkotakan sbg Juara EPL mlm tadi, setelah 2 jaringan pada minit kecederaan hasil jaringan Sergio Eguero dan Edin Dzeko memadamkan kelebihan jaringan QPR yg sebelum itu mendahului dgn keputusan 2 - 1.

Secara tak langsung, menyebabkan Manchester City berkongsi mata dengan Manchester United yg turut mencatat kemenangan 1 - 0 menentang Sunderland. Namun kelebihan jaringan yg dimiliki Manchester City membolehkan mereka dinobatkan sbg juara baru EPL. Ramai member2 aku  yg merupakan penyokong tegar skuad jolokan Red Devils kecewa pada saat-saat akhir. Dah ramai yg nak celebrate dah, walaupun game Man City vs QPR blom lagi berakhir.

 Tapi, takdir menentukan juara EPL bukan milik mutlak mereka musim ini. Maka penuh la member2 aku yg bukan penyokong Red Devils memaparkan status di FB mereka, happy sangat sbb Red Devils tak berjaya memenangi EPL, padahal mereka bukan penyokonmg Manchester City pun,,tapi atas dasar tak nak tengok Manchester United menang EPL...termasuklah aku...hehehhee

Apa2pun, aku lebih fokus tentang penamat saingan bagi team favourite aku, Arsenal. Fuhh,,sib baik boleh tamatkan saingan di tempat ke 3, dapatla slot automatik terakhir ke Champion League next season. Kalau dapat tempat ke 4, mmg boleh layan play - off..itupun kalau Chelsea tak memenangi Champion League season ni. Kalau Chelsea menang, xde la playoff tu. Dan, skrg ni, agaknya Tottentam Hotspurs yg menghuni tangga ke 4 EPL, mengharapkan Chelsea kalah kot, agar diaorang dpt main playoff...hehehehe

Selain drpd tu, penting juga utk Arsenal layak automatik ke Champion League adalah untuk membolehkan penyerang profilik Robin Van Persie kekal di Emirates Stadium. Dgn pembelian Luksz Podolski baru2 ini, aku mengharapkan Arsenge Wenger akan membawa masuk beberapa lagi World Class player utk musim depan. Barulah boleh jadi pencabar terkuat utk semua kejuaraan !

Friday, November 4, 2011

Seminar Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah di KB dan KT

Just nak share my experience gi Seminar Kerjaya sbg Perunding Unit Amanah di KB dan KT.

Seminar Kerjaya di KB bertempat di New Pacific Hotel, KB, pd 1 Nov (Selasa), jam 8.00 mlm. Masa sblm Seminar Kerjaya tu tu call rospek dlm 20 orang lebih, yg kata nak datang 6 orang. Lastly,, sorang pun tak datang. Takpelah,, janji ada gak agen yg turun, Ayu dan Luqman. Tahniah Luqman berjaya bawak sorang potential agent. Good job, bro.

Actually Seminar Kerjaya ni bukan utk bawak prospek agent je,, tapi utk "recharge energy" existing agents, especially yg blom kuat semangat dlm bizz ni. Kat KB nih dlm 300 orang gak yg hadir rasanya. Oh yer Speaker di KB ialah salah seorang GAM terhebat di KB serta Mr Robert Young, International Speaker from Singapore. Nice presentation from both of the speakers. Ramai yg impress mlm tu.

Esok paginya plak ( 2 Nov ), ada Motivational Talk by Robert Young kat KB Branch. Walaupun cuma 2 jam, tapi mmg puas hati. Daptla gak beberapa keping RM1 ngan Robert Young...hehehehe. Lepas tu Robert Young nak catch flight utk Seminar Kerjaya di Tropicana mlm tu.

Then ptg tu, sekitar pukul 3 petang, saya bertolak ke KT ngan Yie. Konvoi ngan 2 bijik kete, pasal Yie nak balik mlm tu gak, Saya plan nak bermalam di KT. Tujuan utama kami ke sana nak support downline di KT la. Kebetulan gak,,ada sorang prospek saya yg katanya nak datang.

Di KT, Seminar Kerjaya diadakan di Hotel Grand Continental. Speaker mlm tu, salah seorang AM tersohor dari Kuantan dan Speaker tersohor di Malaysia, En Jamal. Di KT pun ramai gak yg datang,,sekitar 300 lebih gak le. Kedua2 speaker mmg menarik perhatian audiens la mlm tu.

Alhamdulillah, prospek saya yg datang tu pun mmg bg Commitment Form la mlm tu. Harap2, dpt complete kan all the docs asap.

Di Kt gak, sempat jumpa ngan our GAM serta sorang agen saya, Zahid. Lepas abis Seminar Kerjaya di KT, saya, prospek agen tu, Zahid serta GAM sempat la gi layan mankan/mnum kat sebuah restoran tak jauh dari hotel tu.

Wednesday, October 26, 2011

Career Presentation di KFC dan McD Seremban

Erm,, kalau ikutkan hati, nak rehat jer ari nih,,maklumlah ari ni pun cuti umum sempena Deepavali. Tapi,,memandangkan appointment pun telah dibuat,,,so tak bleh la nak ikutkan rasa hati sangat,,kang jadi malas plak. Nak berjaya dlm bizz nih,,mana boleh malas-malas.

Seawal pukul 8.30 am, aku bertolak dari rumah aku di Puchong menuju ke KFC Seremban. Perjalanan tak la lama sgt,, bawak kete pun kelajuan biasa2 jer, lebuh raya pun agak lengang. So, dlm masa 45 minit dah sampai Seremban dah.

Setelah menunggu hampir 40 minit, akhirnya muncullah seorang prospek agen, aku namakan sbg Mr T. Kebetulan plak, Mr T spi serentak ngan bizz partner aku, Mel. Oklah tu, lagipun Mel cakap nak blaja camner cara buat career presentation. Patutnya, ada 2 orang lagi priospek agen dtg., Miss A dan Miss E. Miss A x dpt turun Seremban atas sebab2 tertentu,,so kita orang set nak jumpa kat McD Senawang dlm kul 1 nanti. Miss E plak, terpaksa ganti tugas kawan dia.

Spend masa dlm sejam setengah jugak le ngan Mr T tuh. Macam2 soklan ditanya. Tapi,,aku relaks jer,,dah biasa dah hadapi banyak soklan nih. Lagipun soklan yg boleh dikatakan sbg FAQ je. Selepas abis buat career presentation, Mr T minta diri, dan apa yg aku boleh simpulkan nampak mcm respond positif jer. Apa2pun kena follow up la pasni.

Then, spend masa ngan Mel. Discuss ttg our future bizz plan, and what action to be taken in order to realize our dreams. Lebih kurang setengah jam kemudian, kitaorang berpisah. Aku ada satu lagi appointment di McD Senawang plak.

Kira2 jam 1 tgh ari,,aku sampai di McD Senawang. Lebih kurang menunggu dlm 15 minit, muncullah Miss A. Haa,,ngan Miss A nih,,aku boleh career presentation dlm masa 40 minit jer. Miss A ni pun nampak senang faham...Senang keje aku. Borang pun siap amik dan isi,,cuma dia perlu preapare all the documents needed jer.

Dlm pukul 2 petang, aku dah gerak dah dari situ, menghala ke Shah Alam,, nak jumpa member jap. Apa2pun,,Alhamdulillah aku puas ati ngan xtvt ari ni. Semoga menghasilkan hasil yg POSITIF nanti...InsyaAllah....

Monday, September 12, 2011

Minggu Yang Meletihkan.

Seminggu yg lalu, minggu yg agak meletihkan bagi aku. Setelah berehat hampir 3 minggu drpd sebarang bizz xtvt, bermula hari Isnin (5 Sept bersamaan ngan 7 Syawal), aku memulakan kembali bizz xtvt ku. XTVT kali ni melibatkan perjalanan yg agak jauh,,pusing separuh Malaya !

Pagi Isnin 5 Sept, aku bertolak ke Kuala Terengganu, Terengganu. Berada di sana sehingga hari rabu. Kebetulan ada sorang member aku tgh outstation kat situ. So,,aku lepak ngan dia la kat Grand Continental Hotel, KT. Ada gak teman bersembang. Sepanjang 3 hari 2 malam tu,,aku jumpa semua agen aku kat sana,,buat meeting sket bersama Group Agency Mgr (GAM) aku yg mmg tinggal di KT. Jumpa semula semua investors aku, update diaorang punya investment. Alhamdulillah, dapat lak 3 orang new investors.

Pd pagi khamis plak (8 Sept), seawal pukul 8 pagi aku meninggalkan Hotel GrandCon, KT menuju ke KL. Thanks to my friend, Fajar yg sudi menumpangkan aku di hotel tu. sepanjang perjalanan, sempat singgah jumpa member di Marang, Kerteh dan Kemaman. Semasa di Kemaman,,sempat la tido jap rumah kawanku, Zaki. Taklah ngantuk sangat masa nak drive di LPT yg sekitar 200KM tuh.

Lebih kurang pukul 7.30 mlm, singgah plak di rumah Che Madi, tlg hantarkan beberapa bagasinya yg ditumpangkan ke dlm kereta ku. Akhirnya selepas solat Maghrib dan isyak dan keluar dinner ngan Che Madi, aku bertolak ke rumahku di Puchong. Spi di sana dah hampir pukul 11 malam.

Keesokan harinya plak, Jumaat (9 Sept)..pd sebelah malamnya, ada meting ngan agen2ku serta bakal agen kpd agenku (kira bakal indirect agent aka "cucu" aku la ni). Habis je meeting, tros menuju ke rumah Che Madi, tido kat sana.

Esok paginya plak Sabtu (10 Sept), selepas hantar Che Madi pergi ke tempat kursus, aku menyusur PLUS Highway menuju ke Penang.

Sebaik shj memasuki Penang sekitar pukul 1.30 tgh hari,tros ke KFC House, jumpa Adi, agenku di sana. Dia bawak prospek agen. Bantu dia buat career presentation. Okla,,nampak positive je prospek agen tu.

Semalam plak Ahad (11 Sept), jumpa 2 orang investors aku di Bertam, Kepala Batas, Penang. Petang nanti (Isnin 12 sept),,nak masuk Georgetown lg skali,,ada appointment ngan investors aku gak.

Erm,,mmg meletihkan,,,tapi kalau kita ENJOY apa yg kita buat..jap je hilang letih tu...lebih2 lagi bila dah dapat "hasil" drpd usaha kita tu :)

Tuesday, August 16, 2011

Daftar Syarikat di SSM


Kira -kira jam 2.30 petang tadi, aku pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yg terletak di Plaza Alam Sentral (PAS), Shah Alam, nak buat pendaftaran syarikat. Actually, dah lama nak buat pendaftaran syarikat,,tapi asyik tertangguh jer.

Kebetulan plak, sebaik shj selesai appointment aku di Blue Wave Hotel dgn seorang bakal agen, aku dah takde xtvt nak buat. Memandangkan dah ada kat Shah Alam nih,,pi PAS tros la,,settle kan hajat yg dah lama tertangguh tu.

Okla,,kira cepat la jugak proses pendaftaran tu..kebetulan plak orang pun tak ramai sangat. Lebih kurang satu jam jer,,settle semua sekali. Heh,,skrg aku dah ada comp yg sah yg dinamakan Dynamic Vision Consultancy. Semuanya ini dilakukan dlm usaha utk mengukuhkan lagi bizz yg aku jalankan. Mudah2an, bizz aku tros berkembang maju...Aminnn....

Bye Bye Fabregas



Khabar angin yg bertiup sejak 2 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan. Cesc Fabregas, akhirnya kembali semula ke tanah airnya dan meyertai kelab lamanya, Barcelona. Sesuatu yg menyedihkan buat aku dan Arsenal fan yg lain. Dan, seorang lagi bintang Arsenal, Samir Nasri dijangka melengkapkan perpindahan ke Manchester City dlm masa terdekat ini. Suatu tamparan hebat buat Arsenal utk mengharungi musim baru EPL season 2011/2012.

Bagi aku,,semuanya ini berlaku disebabkan oleh kedegilan Arsene Wenger, selaku pengurus dan jurulatih Arsenal, utk membeli beberapa pemain bintang utk menguatkan skuad Arsenal,,tapi ghairah membentuk pemain muda. Menbentuk pemain muda adalah baik,,tapi perlu diimbangi oleh pembelian pemain2 bintang. Kalau hanya mengharapkan kpd beberapa bintang utama spt Fabregas, Nasri, Van Persi shj,,,masalah akan timbul bila pemain utama ini tercedera. Pemain gantian tidak mampu bermain dgn baik. Berbanding dgn Mancester United dan Chelsea, dan yg terkini Mancester City.. 2nd team mampu beraksi sehebat 1st team. Ini yg gagal dilalukan oleh Arsenal. Tu pasal la, satu trofi pun tak dpt dimenangi oleh Arsenal. Ramai fan yg menyuarakan rasa tidak puas ini di mana2 forum di seluruh dunia.

Fabregas pula, sudah 8 tahun mengabadikan hidupnya di Arsenal. Tiada koleksi trofi di dlm kabinetnya. Umur pula dah semakin meningkat. Tu pasal la, baik blah ke Nou Camp je sementara berada dlm kemuncak prestasi ni.

Harap Arsene Wenger dpt amik iktibar. Harap amik perhatian dah ramai Arsenal fan yg bengang dan marah dgn situasi ini. Apa2pun diharapkan juga, dgn kehadiran Gervinho, Carl Jetkinson, Chamberlain serta pemain muda sensasi Jepun, Ryo Miyaichi yg berjaya mendapatkan permit kerja di England..Arsenal mampu memberi impak..walaupun tugas tersebut nampak agak sukar utk dilakukan. Go Gunners !!!!!