Thursday, April 21, 2011

Yeah,,aku dah ada tablet PC

Pagi sabtu lalu, 16 April 2011, walaupun hujan lebat melanda KL, tapi aku tetap gagahkan diri ni utk mengharunginya, semata-mata nak pergi PC Fair. Nak pergi sana bukan apa,, nak beli tablet PC yg mmg aku cari selama ini, Acer Iconia Tab W500. Kalau korang perasan, aku pernah posting pasal Iconia Tab ni dulu kat sini beberapa minggu lepas.

Disebabkan nak elakkan jam sekitar KLCC tuh, aku park kete aku kat Stn LRT Jelatek. Naik LRT je lah gi KLCC. Sampai kat KLCC sekitar pukul 10.30 pagi. Boleh tahan gak ramai orang, walaupun hujan lebat kat KLCC tuh.


Sampai je sana, tros carik booth ACER. Jumpa sorang salesman Acer, katanya Iconia Tab dah abis,, kalau nak gak,,kena tempah,,boleh amik dlm masa 2 minggu. Alaaa....kecewa gak aku dengar. Then, semasa isi borang tempahan tuh....Jeng! Jeng! Jeng!...ada good news. Still ada satu lagi unit yg blom terjual!!! Alhamdulillah,,,thanks God...ada gak rezeki aku pagi tuh. Erm..byk gak ler goodies yg dapat.

Acer jd penaja movie RIO, tu yg dpt goodies nih.

Lagi free goodies.

Ni plak free goodies dari PIKOM,,,cinonet jer :)

Aku carik tablet PC ni utk keperluan bizz aku ler. Mmg aku berkenan kat Apple iPad, nampak lagi stylo,, tapi memandangkan aku punya bizz application spt CAMS, FP Advisor dan Adept hanya boleh "run" ngan OS Windows,, terpaksalah aku carik tablet PC yg guna OS Windows. Lagipun, aku suka konsep hybrid Acer Iconia nih...yg menggabungkan ciri2 sebuah tablet dan juga notebook. Apa2pun, ni just my personal opinion la.

Heh, sebelum dikeluarkan dari kotak.

Lepas jer settle segala urusan kat situ, sempat breakfast jap kat luar dewan tuh. Hujan masih lebat kat luar sana. Tapi,,Alhamdulillah,,hujan dah agak reda bila aku spi semula kat LRT Jelatek. Balik rumah dah hampir pukul 2 dah. Jap lagi nak kuar lagi,,gang2 ex UiTM CK ajak gi gath kat NZ Wangsa Maju plak.

1 comment:

  1. macam mana bila dah pakai..ok tak..ingat nak beli gak satu..tapi nak tahu pendapat dulu la..

    ReplyDelete