Saturday, April 16, 2011

Fireflyz dan Tune Hotel

Haaa...mlm tadi aku book online tiket Fireflyz dan Tune Hotel. Destinasi yg dituju ialah Kuching, Sarawak pd 11 - 16 Julai nanti, atas urusan bisnes. Actually ni lah kali pertama aku dapat book tiket semurah ni pergi ke Kuching. Mungkin ada orang lain yg dapat lagi murah.. tapi bagi aku dgn penerbangan pergi dan balik KLIA - Kuching siap dgn package bagasi 20 kg dan makanan, dgn harga RM134.00 itu kira dah cukup murah dah. Jauh lebih murah berbanding tiket Fireflyz masa aku pergi Kuching Januari lalu,,,iaitu hampir RM 270.00

Pastu dpt plak stay kat Tune Hotel selama 5 mlm dgn harga RM182 jer. Mmg la,kemudahan kat hotel ni tak secanggih hotel2 lain yg mahal-mahal kat Kuching tu, tapi berdasarkan pengalaman aku stay kat Tune Hotel Kuching Januari lalu, bagi aku dah kira OK la setakat nak pergi sorang, dan hotel tu just cuma utk rehat-rehatkan badan dan tido pd waktu malam jer.

Dulu, masa aku stay kat hotel ni, TV dah dipasang,,tapi servicenya blom dioffer lagi. Kali ni, dah ada dah,,dipanggil Entertainment package, utk tgk TV + wi-fi selama 24 jam,,cuma bayar RM15 jer. Aircond aku amik utk package 12 jam jer. Dulu pun,,12 jam aircond tu cukup utk aku stay selama 4 hari. Bukannya memanjang pki aircond pun,,purata 3 jam sehari. Selebihnya aku pasang kipas ler. Kipas kat bilik hotel ni pun dah cukup sejuk dah.



No comments:

Post a Comment