Sunday, April 3, 2011

Giliran Lorenzo Menjadi Juara

Pusingan Ke2 Moto GP kali ini yg berlangsung di litar Jerez, Spain, menyaksikan ramai pelumba menjadi mangsa, samada terjatuh mahupun terbabas ke luar track keadaan litar yg basah dek hujan. Seramai 8 pelumba yg tergolek dok disepanjang perlumbaan 27 lap ini.



Pd awal perlumbaan, Casey Stoner meluru ke hadapan dan diikuti oleh Jorge Lorenzo. Valentino Rossi yg memulakan perlumbaan di petak ke 12, pantas meluru ke depan dan berjaya berada di posisi ke 8. Dlm masa 4 lap shj, Rossi dah pun berada di kedudukan ke 4. Marco Simoncelli berjaya mengatasi Lorenzo dan akhir sekali menjadi Race Leader di lap ke 6 setelah berjaya memintas Casey Stoner.

Rossi yg nampak begitu bersemangat setelah memintas Lorenzo utk berada di kedudukan ke3 pd Lap ke 5, mula memasang strategi utk menyerang Stoner. Akhirnya, pd awal lap ke 8, Rossi berjaya memintas Stoner, namun kegembiraan itu tak sampai pun beberapa saat, setelah Rossi tersilap langkah, meyebabkannya terjatuh. Stoner yg berada terlalu hampir di belakang Rossi, tidak mampu mengelak lalu terus melanggar Rossi,,dan kedua2nya terjatuh dan tercampak ke luar trek. Namun, Rossi masih mampu meneruskan perlumbaan. Malang bagi Stoner yg memburu kemenangan ke2 tahun ini, kemalangan tersebut menadakan perlumbaannya juga berakhir pd pusingan ini.

Kemalangan yg membabitkan Rossi dan Stoner

Kemalangan tersebut menghadiahkan tempat ke2 utk Lorenzo, dan seterusnya memburu Simoncelli di hadapan. Namun, Simoncelli turut terjatuh di Lap ke 12, dan tempatnya selaku Race Leader diambil alih oleh Lorenzo. Tempat kedua dan ketiga diisi oleh Pedrosa dan Ben Spies.

Pd Lap ke 24, Ben Spies berjaya mengatasi Pedrosa yg nampak sedang bergelut ngan masalah, menjadikan kedudukan skrg ini 2 tempat teratas diisi oleh pelumba Yamaha Factory Racing. Aku dah hapy dah masa nih,,maklumlah aku ni fan Yamaha. Namun begitu, kegembiraan tu tak lama, apabila Spies turut terjatuh, lalu menghadiahkan tempat kedua kembali menjadi milik Pedrosa. Tempat ketiga diambil alih oleh Colin Edwards dari Tech3 Yamaha yg berjaya mengatasi rakan senegaranya, Nicky Hayden dari Ducati. Namun, kegembiraan Edwards juga tidak lama, kearana dirinya turut terjatuh tak lama selepas itu.

Akhirnya, Jorge Lorenzo berjaya mencatat kejuaraan pertama tahun ini, apabila melintasi garisan penamat, diikuti oleh rakan senegaranya Dani Pedrosa dan tempat ketiga menjadi milik Nicky Hayden dari Ducati. Kemenangan 1 -2 utk pelumba Spain di tanah air sendiri, mengulangi keputusan yg sama dicatakan pd tahun lepas.

Lorenzo menjadi juara di Tanah Air sendiri

Pd pandangan aku, perlumbaan pusingan ke2 di Jerez, Spain ini menunjukkan byk pasukan dah menunjukkan kekuatan...lebih2 lagi pasukan yg menggunakan jentera Honda. Contohnya, Marco Simoncelli yg drpd Gressini Honda menunjukkan yg dia mampu bergelar juara suatu hari nanti. Begitu juga ngan Valentino Rossi, legenda MotoGP yg masih hidup, sudah nampak keserasiannya ngan jentera Ducati. Sayang sekali, kegopohannya menyebabkan dirinya terlepas podium utk perlumbaan kali ini, dan turut mengheret Stoner terlibat sama dm kemalangan.

Lorenzo patut berterima kasih di atas kemalangan yg menimpa Rossi, Stoner dan Simoncelli. Berkemungkinan, tanpa kemalangan tersebut,bukan setakat tak mampu bergelar juara, ntah2,,podium pun terlepas. Aku merasakan Lorenzo dan Beb Spies perlu meningkatkan lagi skill tunggangan dan jentera Yamaha perlu dipertingkatkan lagi utk menghadapi jentera Honda dan Ducati yg nampak semakin kuat.

Pedrosa(Ke2), Lorenzo (Juara) dan Hayden(Ke3)

Keputusan akhir perlumbaan di Jerez, Spain.

1. Jorge Lorenzo ESP Yamaha Factory Racing 50m 49.046s
2. Dani Pedrosa ESP Repsol Honda Team 51m 8.385s
3. Nicky Hayden USA Ducati Marlboro Team 51m 18.131s
4. Hiroshi Aoyama JPN San Carlo Honda Gresini 51m 18.597s
5. Valentino Rossi ITA Ducati Marlboro Team 51m 51.273s
6. Hector Barbera ESP Mapfre Aspar Team 51m 57.486s
7. Karel Abraham CZE Cardion AB Motoracing 52m 3.166s
8. Cal Crutchlow GBR Monster Yamaha Tech 3 52m 8.156s
9. Toni Elias ESP LCR Honda MotoGP 52m 31.952s
10. John Hopkins USA Rizla Suzuki MotoGP 52m 37.441s
11. Loris Capirossi ITA Pramac Racing Team 52m 40.922s
12. Andrea Dovizioso ITA Repsol Honda Team 53m 39.633s

Did Not Finished:
Colin Edwards USA Monster Yamaha Tech 3
Ben Spies USA Yamaha Factory Racing
Randy de Puniet FRA Pramac Racing Team
Marco Simoncelli ITA San Carlo Honda Gresini
Casey Stoner AUS Repsol Honda Team

Ini pula kedudukan terkini World Championship Points, selepas berakhirnya 2 pusingan :

1. Jorge Lorenzo ESP Yamaha Factory Racing 45 points
2. Dani Pedrosa ESP Repsol Honda Team 36 points
3. Casey Stoner AUS Repsol Honda Team
25 points
4. Nicky Hayden
USA Ducati Marlboro Team
23 points
5. Valentino Rossi ITA Ducati Marlboro Team 20 points
6. Hiroshi Aoyama JPN San Carlo Honda Gresini 19
points
7. Andrea Dovizioso ITA Repsol Honda Team 17
points
8. Hector Barbera ESP Mapfre Aspar Team 14
points

9. Cal Crutchlow GBR Monster Yamaha Tech 3 13
points
10. Karel Abraham CZE Cardion AB Motoracing 12
points

11.Marco Simoncelli ITA San Carlo Honda Gresini 11
points
12. Ben Spies USA Yamaha Factory Racing 10
points

Pusingan seterusnya bakal berlangsung pd 1 May 2011 di litar Estoril, Portugal.

No comments:

Post a Comment