Friday, April 22, 2011

Last Day Aku Keje Makan Gaji......

Hari ni tercatat sejarah baru dlm hidupku. Setelah hampir 12 tahun aku menabur bakti (banyak ke bakti aku nih ? hehehe), di organisasi yg aku bekerja sekarang, hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja di sini. Dan, bulan ini adalah bulan terakhir aku menerima gaji tetap, sbgmana yg aku terima setiap bulan sblm ini. Lepas nih, xder lagi terima gaji tetap.

Kepada rakan sekerja, aku minta maaf atas segala salah laku, terkasar bahasa dan tersilap bicara. Sesungguhnya, terlalu byk kenangan manis sepanjang aku berada dlm organisasi yg hebat ini. Walaupun aku tidak lagi menjadi warga organisasi ini, namun jalinan persahabatan antara kita tetap subur dan berkekalan sampai bila-bila... InsyaAllah.

Organisasi yg aku bekerja nih mmg famous, dgn segala manfaat yg cukup cemerlang utk staff. bahkan, setiap staff berbangga menjadi warganya. Bak kata, kalau xde sebab yg cukup kukuh, takde staff yg gatai nak berenti keje.

Namun, setelah agak lama berfikir, dgn menimbangkan segala faktor, demi mengejar sebuah impian, aku bulatkan tekad utk berhenti dan berkecimpung dlm dunia perniagaan yg penuh mencabar.

Actually, sejak hampir 3 tahun lepas, aku mula berjinak-jinak sbg seorang Unit Trust Consultant (UTC) di sebuah company Unit Trust kat Malaysia nih. Selepas 2 tahun, aku menyedari aku berbakat dlm bizz nih. Alhamdulillah,,bizz aku tros berkembang. Agen di bawahku semakin bertambah, pelabur yg melabur tros meningkat dari semasa ke semasa. So, setelah berada dlm bizz hampir 3 tahun, aku dah berkeyakinan utk fokus 100% terhadap bizz nih.

Aku merakamkan jutaan terima kasih kpd semua rakan yg sentiasa memberi perangsang kpdku, kpd semua Investor yg menaruh kepercayaan kpdku, kpd Mentor bizzku yg tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar, kpd rakan seperjuangan di dlm industri unit amanah yg tidak lokek berkongsi ilmu, dan juga kpd semua agen di bawah seliaanku yg sentias menunjukkan minat utk terus melangkah ke hadapan dan menikmati nikmat kejayaan.

Aku berdoa kpd Allah SWT, agar memberkati bizz yg aku jalankan ini, semoga aku terus diberi kekuatan olehNya utk tros istiqamah dlm bizz ini dan impianku utk mencapai kebebasan masa dan kewangan akan tercapai....Aminnn......

Oh yer, di kesempatan ini juga, sekiranya ada di kalangan anda semua yg berminat utk mengetahui lebih lanjut berkenaan peluang kerjaya sbg UTC, bolehlah email aku abiemutual@gmail.com atau SMS nama anda dan hantarkan kpd 019 - 9884 956.

No comments:

Post a Comment