Malam tadi, tgh syok jalan-jalan kat Pasar Malam Tmn Melawati, tetiba aku dikejutkan dgn SMS dari Zura, rakanku sejak zaman sek rendah lagi, yg menyatakan rakan kami, Mohd Zukimie Mat Junuh aka Kimi diserang cancer Aggressive non hodgkin lymphoma mallignan diffuse larger B cell. Berbelit lidah aku pasal nama saintifik penyakit cancer nih. Aku pun blurr jer,,cancer apa nih. Rasa gerun jap dihati nih. Maklumlah, akhir tahun lepas,sorang member yg satu MRSM ngan aku dulu dpt cancer paru-paru. Ni sorang lagi plak member dpt cancer.
So, pagi tadi, sekitar pukul 10.00 pagi,,aku pergi la rumah kawan aku nih. Ingat nak ajak member sekolah yg lain gi skali, tapi,,masing2 bz ngan komitmen lain,,dan diaorang bercadang nak melawat pd hari berikutnya.
Apa2pun kat sini aku puji la laman Social Facebook nih. Berita cam nih,,cepat je tersebar menerusi medium FB, dan menerima respond yg positif dari rakan-rakanku. Semuanya mendoakan agar sahabat kami ini cepat sembuh.
Sekitar pukul 10.40 pagi, aku sampailah rumah kawanku ni. Lebih kurang setengah jam la aku meluangkan masa bersama beliau. Rupa2nya, beliau dah pun menjalani 1st kemotheraphy kira-kira seminggu yg lepas. Keadaannya pun nampak makin OK..Alhamdulillah. Namun begitu, perlu menjalani sesi kemo yg kedua pd 15 April nanti di Hospital Ampang Puteri. Semua skali ada 6 sesi kemo yg perlu dihabiskan. Dan, yg menggembirakan hati ialah, Doktor Pakar yg merawatnya, menyatakan peluang utk sembuh agak cerah..Alhamdulillah....satu berita yg sememangnya amat diharap2kan.
Nasib baik gak member aku yg merupakan seorang kakitangan kerajaan ini mempunyai skim Insurans Kesihatan dgn sebuah syarikat Takaful terkenal. Segala kos rawatan di Hospital Ampang Puteri ditanggung sepenuhnya. Bukan setakat itu shj, bahkan beliau juga tidak lagi perlu membayar insurans pendidikan anak-anaknya, juga ditanggung oleh syarikat Takful tersebut. So, kpd rakan2 diluar sana, especially yg kerja sendiri tuh, keluarkanlah sedikit peruntukan utk insurans kesihatan yg mempunyai Medical Card. Yes,,aku tak nafikan, mmg agak mahal, lebih2 lagi kalau amik polisi insurans kesihatan utk satu family. Tapi, kalau terjadi kes mcm sahabatku ini, InsyaAllah kuranglah sket bebanan tuh. Bukan minta supaya perkara buruk berlaku,,tetapi sbg satu persediaan ibarat "Sediakan payung sblm hujan".
Apa2pun, aku mendoakan semoga sahabatku ini tabah menerima ujian Ilahi. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kpdnya, dan semoga Allah SWT menyembuhkan penyakit cancer yg dihidapinya ini....Aminnn....
No comments:
Post a Comment