Wednesday, March 30, 2011

Jalan - Jalan ke Low Yatt Plaza

Haaa..tgh hari tadi, aku sempat gi jalan-jalan ke Low Yatt Plaza. Sapa2 yg minat ngan ICT, sure kenal punyalah Low Yatt Plaza nih. Saja jer gi jalan-jalan, sebab nak tengok tablet PC baru yg dilancarkan oleh Acer, iaitu Acer Iconia Tab W500 yg menggunakan OS Windows 7.

Actually, sejak setahun dua nih fenomena tablet PC menjadi-jadi. Ini semua dicetuskan dgn pengenalan iPad oleh Apple kira-kira 2 tahun lalu. Tablet PC sebenarnya telah bermula awal sebelum lagi,,kalau tak silap aku, sekitar tahun 2002 kot. Tapi,,sayangnya, tablet PC yg diperkenalkan pd masa tu, tidak mampu menarik minat orang memilikinya. Sehinggalah kemunculan Ipad oleh Apple Inc...demam Tablet PC terus bermula. Byk lah syarikat2 komputer yg berusaha memperkenalkannya yg menggunakan pelbagai jenis OS. Kebanyakkannnya guna Android spt Samsung Galaxy Tab, CSL, Toshiba dll.

Aku pun berminat gak dgn Tablet PC nih. Cuma,,software utk bizz yg aku jalankan nih,, memerlukan Tablet PC yg menggunakan OS Windows. Sbb tu la,,aku tak beli Ipad...walaupun impress gak dgn features yg ada...lebih2 lagi iPad2 yg bakal masuk ke pasaran Malaysia, tak lama lagi kot ?

Bila surf kat internet, aku perasan Acer telah memperkenalkan Tablet PC yg menggunakan OS Windows sekitar Disember 2010 di satu pameran ICT. Sejak hari tu, terunggu-tunggu, bila la nak masuk pasaran Malaysia. Dan kini, setelah 3 bulan berlalu, akhirnya ia memasuki pasaran Malaysia awal bulan Mac, dan dilancarkan secara rasmi pd 29 Mac 2011 di Low Yatt Plaza, Consourse Area. Selama seminggu bermula 29 Mac 2011, pameran oleh Acer Malaysia berkenaan Acer Tablet PC dijalankan dan akan berakhir pd 3 April 2011.

Tablet PC yg diberi nama Acer Iconia Tab W500 nih berharga RM1,699.00. Yg bestnya, harga tu termasuk "Docking Station" ,iaitu keyboard bersaiz penuh yg boleh dilekatkan kpd tablet PC. Docking Station ni boleh ditinggalkan kat rumah jer. Kira okla kot harga nih aku rasa. Walaubagaimanapun, atas sebab kekurangan stok, ia hanya boleh dimiliki kira-kira 3 minggu lagi. Menggunakan processor AMD generasi terbaharu, serta mampu menonton HD movie, boleh dikatakan Acer Iconia tab ni mempunyai ciri2 gabungan Notebook dan juga Tablet PC. Erm...boleh dipertimbangkan utk aku memilikinya.


Acer Iconia Tab W500 Tablet Specs :
  • Windows 7 Home Premium OS
  • AMD C-50 Processor
  • AMD Radeon HD6250 graphics
  • 10.1-inch LED-backlit multi-touchscreen display
  • Screen resolution of 1280 x 800 pixels
  • 32GB solid state drive
  • 802.11 b/g/n Wi-Fi, and a HDMI output
  • Bluetooth 3.0, LAN, and USB
  • G-sensor, abd an SD card reader
  • Acer Crystal Eye 1.3 megapixel webcam boleh amik HD videos
  • Dolby optimized audio
  • Handy docking keyboard (Optional)
  • Acer FineTrack pointing device with two buttons for convenient navigation
  • Acer ring control interface
  • SocialJogger
  • Boasted by a 3-cell battery
  • Price : RM 1,699.00


Selain Acer Iconia Tab W500 yg diperkenalkan, Acer Malaysia turut memperkenalkan satu lagi model komputer iaitu Iconia 484G64 Dual Screen Touchbook. Nampak futuristik jer notebook yg tanpa keyboard yg dijual pd harga RM 3,699.00 nih. Virtual keyboard akan muncul apabila jari drpd kedua2 tapak tangan diletakkan di skrin bawah. Dia punya specs pun gempak gak.

Acer Iconia 48464G Dual Screen Touchbook Specs :
  • Windows 7 Home Premium 64 bit OS
  • Intel Core i5 580MProcessor
  • Integrated Intel HD graphics (128MB RAM)
  • 14-inch capacitive touchscreen displays with resolution of 1366 x 768 pixels
  • 640 GB hard drive,
  • 4GB of DDR3 memory
  • 802.11b/g/n Wi-Fi
  • Bluetooth 3.0+HS and 3G WWAN
  • A USB 3.0 port, two 2.0 ports
  • Acer’s CrystalEye webcam (1280×1024 resolution)
  • 4-cell battery providing 3 hours of operate.
  • a S/PDIF interface, and VGA / HDMI outputs
  • Acer Ring apps that ICONIA’s touch features and controls.
  • Acer ring control interface
  • SocialJogger
  • Boasted by a 4-cell battery
  • Price : RM 3,699.00

Iklan tentang Acer Iconia Tab W500 dan Acer Iconia 484G64 Dual Screen Notebook , telah pun disiarkan di akhbar The Star 29 March 2011.

1 comment: