Setinggi Tahniah utk Casey Stoner dari Repsol Honda kerana berjaya memenangi perlumbaan pembuka tirai MotoGP 2011 di Litar Losail, Qatar. Mendapat tentangan hebat dari teammate sendiri, Dani Pedrosa serta juara bertahan, Jorge Lorenzo drpd Yamaha Factory Team. Beberapa kali bertukar posisi 1,2 dan 3 antara ketiga-tiga pelumba handalan ini. Tempat kedua diisi oleh Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa merangkul tempat terakhir di atas Podium.
Rakan sepasukan Lorenzo, Ben Spies yg menggantikan Valentino Rossi yg berhijrah ke Ducati, menamatkan perlumbaan di tangga ke 6. Sepanjang perlumbaan, beliau dicabar hebat oleh Valentino Rossi, namun Rossi hanya menamatkan perlumbaan satu anak tangga di belakang Spies.
Malang menimpa pasukan Pramac Racing (Ducati) apabila kedua-dua pelumbanya, Randy de Puniet dan Loris Capirossi terlibat dlm kemalangan sesama sendiri seawal lap pertama. Seorang lagi pelumba yg terlibat dlm kemalangan ialah Tony Elias dari pasukan LCR Honda, hanya 4 lap sebelum perlumbaan berakhir.
Keputusan Rasmi Perlumbaan Moto GP - Pusingan 1 - Losail, Qatar.
1. Casey Stoner - Repsol Honda
2. Jorge Lorenzo - Yamaha Factory
3. Dani Pedrosa - Repsol Honda
4. Andrea Dovizioso - Repsol Honda
5. Marco Simoncelli - San Carlo Honda Gressini
6. Ben Spies - Yamaha Factory.
7. Valentino Rossi - Ducati Team
8. Collin Edwards - Monster Yamaha Tech 3
9. Nicky Hayden - Ducati Team
10. Hiroshi Aoyama - San Carlo Honda Gressini
11. Cal Cruthlow - Monster Yamaha Tech 3
12. Hector Barbera - Mapfre Aspar Team Ducati
13. Karel Abraham - Cardion AB Motoracing Ducati
Selesai sudah pusingan pertama. Masih terlalu awal utk dibuat jangkaan siapa bakal mengusai saingan pd musim ini. Kita lihat apa kan jadi dipusingan seterusnya di litar Jerez, Sepanyol, negara kelahiran Lorenzo dan Pedrosa, pd 3 April 2011, hanya 2 minggu dari sekarang.
Barisan pelumba MotoGP 2011
Pemandangan menarik Litar Losail pd waktu malam
Casey Stoner melintasi garisan penamat sekaligus merangkul kemenangan
No comments:
Post a Comment