Saingan perlumbaan 2 roda yg berprestij, Moto GP memulakan bakal membuka tirainya pd tahun 2011 ini, dgn aksi perlumbaan di Litar Losail, Qatar pd malam ini. Satu-satunya aksi perlumbaan yg dijalankan pd waktu malam.
Sesi Kelayakan telah berjaya dikuasai oleh Casey Stoner, yg kini bersama jentera Honda di dlm pasukan Repsol Honda, dgn cemerlangnya mendapat Pole Position..dikuti rapat oleh rakan sepasukannya, Dani Pedrosa dan Juara Bertahan, Jorge Lorenzo dari Yamaha Racing Team. Sebelum ini pun, semasa sesi ujian dan latihan, beberapa kali Stoner menguasai tempat teratas. Juara Dunia 9 kali (termasuk 125 cc dan 250cc dahulu), yg juga bekas pelumba Yamaha musim lalu, Valentino Rossi pula masih bergelut mencari setting terbaik bersama jentera Ducati, bakal memulakan perlumbaan malam ini di tempat ke 9. Malang bagi Alvaro Bautista dari pasukan Rizla Suzuki, apabila mengalami kecederaan semasa sesi latihan, yg mengakibatkan tulang pahanya patah, menyebabkan beliau terlepas drpd beraksi.
Lorenzo, juara bertahan yg bakal berdepan cabaran hebat dari Stoner, Pedroda.
Kedudukan Akhir 10 Tempat Teratas Sesi Kelayakan Grid Pelumba Moto GP
1. Casy Stoner - Repsol Honda
2. Dani Pedrosa - Repsol Honda
3. Jorge Lorenzo - Yamaha Factory
4. Marco Simonceli - San Carlo Gressini Honda
5. Ben Spies - Yamaha Factory
6. Hector Barbera - Mapfre Aspar Team (Ducati)
7. Andrea Dovizioso - Repsol Honda
8. Cal Crutchlow - Monster Yamaha Tech 3
9. Valentino Rossi - Ducati Team
10. Colin Edwards - Monster Yamaha Tech 3
Valentino Rossi masih bergelut dgn jentera Ducati nya.
Siapa bakal memenangi perlumbaan pembuka tirai tahun ini ? Adakah Repsol Honda, satu2nya pasukan yg membariskan 3 pelumba handalan, mampu menguasai sepenuhnya podium kemenangan ? Adakah Lorenzo mampu mengalahkan Stoner ? Apakah nasib Valentino Rossi pd malam ini ? Segala-galanya bakal terjawab pd malam ini. Sama-samalah kita saksikan...
Perlumbaan MotoGP ini boleh disaksikan di ASTRO Star Sports (CH 813). Sesi Kelayakan (Tertunda) boleh disaksikan pd pukul 2.30 petang ini, dan perlumbaan (LIVE) pd pukul 11.57 mlm nanti. Selamat Menonton.
Mampukah Stoner bergelar Juara Keseluruhan dgn Honda tahun ini ?
No comments:
Post a Comment