Hari ni ada satu majlis kahwin yg aku kena hadir. Salah sorang dari Gang Ninja250R, iaitu Along 7 menjemputku dan rakan-rakan yg lain utk escort diri dan pasangannya ke Majlis Resepsi Perkahwinan yg diadakan di Maktab PDRM, Cheras, Selangor. Kebetulan aku free ari nih,,boleh la jumpa gang sepermotoran yg dah lama aku tak jumpa..maklumhlah agak bz sket lately.
Sebaik shj jam mula menunjukkan pukul 10 pagi...aku tros bersiap dan bergegas ke tempat parkir jentera hijauku. Destinasi yg dituju ialah Stn Shell Ukay Height, RV utk gang dari Ampang dan Ulu Klang. Dlm 10 min lebih kurang, aku sampai di sana. Setibanya di sana, aku amik peluang kasi Ninja250r aku "minum" sket..maklumlah tank dah hampir kosong dah. Selesai mengisi minyak,,baru aku perasan kelibat Zackmoq bersana Ninja 250r hitamnya berada di ujung laluan keluar Shell tersebut. Sambil borak-borak ngan Zackmoq,,, beberapa orang lg member kitaorang tiba..Razni (ZX6) Daddy Najib (ZX6) serta Lowrider (Ninja250r). Tidak menunggu lama, kami tros shoot ke RV seterusnya..Shell Highway Cheras-Kajang sebelum Tol menghala ke Bdr Tun Hussien Onn. Kami tiba di sini hampir jam 11 pagi.
Razni, Daddy Najib, Lowrider dan Zackmoq
Sebaik shj sampai di stn Shell tersebut, kelihatan Rozanie dah siap menunggu dgn ER6Fnya. Lebih kurang setengah jam juga kami di sini. Dlm tempoh tersebut, beberapa orang lagi gang kami menyertai kami, antaranya Bro Miekawa dan Am Jepun. Setelah jam mula menunjukkan pukul 11.40 pagi, kami pun bergerak dari Stn Shell tersebut, lalu menghala ke Bdr Tun Hussein Onn, RV terakhir kami, sebelum mengiringi Pengantin ke majlis resepsi.
Setibanya kami sampai di Bdr Tun Hussein Onn, kelihatan beberapa orang gang kami yg telah sampai pun di situ,,antaranya Rebond, Ejal, Joey Kencang, Zack dll. Diaorang tgh lepak2 kat warung di situ. Apalagi,,kami pun join sekaki ler. Kebetulan plak cuaca panas terik time tuh..mmg tekak ni minta disimbah ngan ais ler.
10 minit kemudian, Gang Kilat plak tiba ,diketuai oleh Penghulunya, Atok Amy. Ini menjadikan suasana di warung tersebut bertambah meriah. Adalah lebih kurang 30 bikers di warung tersebut, dgn jentera kami tersusun elok di hadapan warung tersebut.
Hampir setengah jam jugalah kami di sana menunggu pengantin yg diraikan. Akhirnya, Along 7 dan pasangannya serta rombongan Cik Kiahnya memunculkan diri gak sekitar pukul 12.30 tgh ari. Pd masa yg sama, cuaca yg panas tadi dah bertukar mendung, tanda-tanda awal hujan lebat bakal menimpa. "Kalau nak hujan pun, harap2lah,,dah selamat escort pengantin nih", detik hatiku.
Selepas sedikit taklimat diberikan oleh Atok Amy, serta bacaan doa selamat oleh Tompoq, kami pun bergerak mengiringi pasangan pengantin ke Maktab PDRM, Cheras yg hanya kira-kira 5 km jer dari situ. Ngauman jentera beroda dua yg berjumlah sekitar 30 buah nyata menjadi perhatian masyarakat sepanjang perjalanan tersebut.
Atok Amy dgn gaya tersendiri semasa memberi taklimat escort pengantin
Jom kita serbu ke majlis Along 7 !!!!
Sebaik shj sampai di Maktab PDRM Cheras, tempat di mana Majlis Resepsi Pengantin berlangsung, kami pun tros park motor masing2 di depan dewan utama, mengiringi pengantin masuk ke dewan. Sempat gak kami bergambar beramai-ramai disitu. Suasana penuh keceriaan yg dicetuskan oleh gang kami, nyata turut menjadi perhatian hadirin di majlis tersebut.
Parkir di perkarangan lobi dewan
Along 7 dan pasangannya diarak memasuki dewan
Jom gang,,cepat masuk,,cepat la dapat makan. Perut dah berkeroncong dah ni...
Sempat lagi berposing sakan sblm masuk dewan
Semoga Along7 dan pasangannya kekal bahagia hingga ke akhir hayat....Aminnnn...
Apa agaknya yg diceritakan oleh Fath (baju merah) ni ?
Wajah - wajah kekenyangan :)
Selesai je makan, dan bergambar bersama pengantin, kami pun mula beransur dari majlis tersebut sekitar pukul 2.00 petang. Semasa menuju ke tempat parkir, semua motor dah basah dek hujan lebat yg turun semasa kami sedang enak menikmati hidangan nasi beriyani yg sungguh sedap tadi. So,, kami confident la,,hujan dah berhenti sepenuhnya.
Amik gambar ngan pengantin dulu, baru boleh balik
Terima kasih banyak , Along7. Sedap sungguh nasi beriyani majlis ko ni...
Bro Miekawa, Abang Besar kesayangan kami bersalam ngan pengantin
Cayalah Abg Kancha & Captain Bikers. Sanggup dtg dari Kota Singa tuu....
Semua bikers menuju destinasi masing-masing. Aku, Tompoq dan Lowrider menghala ke arah Ampang dan Hulu Kelang. Tak sampai 5 minit kami keluar dari Maktab PDRM Cheras tuh, kat atas Highway Grand saga tuh gak,,hujan tetiba turun dgn lebatnya. Nak berhenti kat mana-mana dah malas. So, kami bertiga tekad mengharung hujan gak ler. Risau gak aku, terutama bila dah masuk MRR2, jalan mmg jam giler. Risau pasal takut tergelincir dan risau takut ada kenderaan yg tetiba bertukar lane tanpa memberi signal.
Akhirnya, aku selamat samapi di rumah dlm keadaan basah kuyup. Arghhh...semua riding gears nak kena basuh nih..pastu nak tunggu kering mau berhari-hari nih, terutama riding pants aku tuh. Apa2pun...Alhamdulillah, selamat sampai....
Along 7, Tahniah dan Selamat Pengantin Baru ! Semoga rumahtangga yg dibina diberkati Ilahi dan kekal bahagia bersama pasangan sehingga ke akhir hayat...Aminnnnn...
Akhirnya, aku selamat samapi di rumah dlm keadaan basah kuyup. Arghhh...semua riding gears nak kena basuh nih..pastu nak tunggu kering mau berhari-hari nih, terutama riding pants aku tuh. Apa2pun...Alhamdulillah, selamat sampai....
Along 7, Tahniah dan Selamat Pengantin Baru ! Semoga rumahtangga yg dibina diberkati Ilahi dan kekal bahagia bersama pasangan sehingga ke akhir hayat...Aminnnnn...
No comments:
Post a Comment