Sunday, October 11, 2009

Ride ke Pantai Penyabong, Mersing, Johor

Hari Pertama - Jumaat - 9 Oktober 2009.

6.00 am - Awal pagi lagi aku dah bangun. Ari ni aku bersama rakanku dari gang Ninja Timur belah KT ; Ralf, Zam serta Orca belah KT akan berkonvoi ke Pantai Penyabong, Mersing, Johor. Ride kali ni anjuran gang Ninja Selatan, dikepalai oleh CheAn. Sambil tgh bersiap-siap tuh, sempat lagi online ngan notebook aku. Apa lagi ,bukak Facebook ngan forum Ninja250R Malaysia ler, 2 website yg wajib bukak ari-ari, utk update pasal konvoi nih. Rasa excited gak, pasal nih la Ride pertama yg join bersama gang Ninja250R. RV point utk ride bagi gang Ninja Timur (KT) ialah di Shell Batu Burok, K.T'ganu. Aku cadang nak gerak ke sana sekitar pukul 9.45 bersama Zam yg akan bertolak bersama-sama ngan aku ke RV point tuh.

9.30 am - Azizi@Rebond, gang Ninja Timur belah Kuantan call aku. Dia jemput kami berempat lunch bersamanya di Kuantan nanti. 10 minit kemudian, Zam plak tiba di rumah aku.

09.50 am - Aku dan Zam tros gerak ke RV point kami tuh. Kelihatan Ralf dah ada kat situ. Katanya pukul 9.30 pagi lagi dia dah ada kat situ. Kelihatan gak, gang-gang scooter dan 135LC pun ada berkumpul di situ. Diaorang pun ada ride ke Kemaman rupanya. Orca plak, blom tiba lagi. Sementara menunggu Orca tiba, kami isi minyak dulu la, kasi full tank.

10.20 am - Orca memunculkan dirinya bersama Ninja hitamnnya.

10.40 am - Kami mula bertolak. Ralf bertindak sbg Marshall yg akan lead ride nih, manakala Orca sbg Sweeper. Next pit stop ialah kedai makan kat Kerteh, Terengganu.

11.45 am - Kami sampai di sebuah kedai makan di Kerteh. 1 jam lebih gak ler lepak sambil breakfast kat kedai makan nih. Maklumlah kami target sampai Kuantan utk lunch bersama dgn Axixi@Rebond selepas umat Islam settle tunai solat Jumaat, sekitar pukul 2.00 pm la.

2.00 pm - Kami tiba di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. Lunch bersama Axixi@Rebond di sebuah kedai di situ. Sedap betul aku air kelapa kat situ. Oh yer, ni la 1st time aku jumpa kat luar Axixi@Rebond nih. Selama nih, jumpa kat dlm forum Ninja jer. Thanks bro, sbb "payung'kan kami lunch. Moga murah rezeki bro.


3.06 pm - Kami teruskan perjalanan. Next pit stop, stesen minyak kat area Pekan, Pahang.

4.00 pm - Kami tiba di Shell Pekan Waterfront. Isi minyak sambil regat-rehat jap. Ni lah pit stop terakhir sblm kami sampai ke destinasi.

4.15 pm - Kami teruskan perjalanan.

5.30 pm - Alhamdulillah, kami selamat sampai di Pantai Penyabong. Lepas lepak2 kat luar tuh, kami check in di Pantai Penyabong Resort. Kami menginap di sebuah chalet kat situ. Oh yer, masa kami sampai tuh, kebetulan ada 4 orang awek pakai baju t-shirt sama kaler tgh dok melayan balak kampung kat situ. Bila kami sampai, awek-awek tu pandang kami dan salah sorang awek tu tegur kami, terus berubah muka balak kampung tuh. Jealous kot... muahahahahaha.


8.00 pm - CheAn, ahli Ninja Selatan yg juga merangkap penganjur ride kali nih, tiba bersama rakannya Man. CheAn ngan Man ni pun, 1st time gak aku jumpa kat luar forum.

10.30 pm - CheAn bawak kami semua pi makan di sebuah restoran di pekan Endau, Johor. Erm,,sedap gak makanan kat situ. Thanks Man/CheAn sbb "payung" kami dinner malam tuh.

11.50 pm - Lepak ngan CheAn kat luar Resort, berhadapan dgn Pantai Penyabong tuh. Borak sampai pukul 2.00 am.


Hari Kedua - Sabtu - 10 Oktober 2009.

9.00 am - CheAn bawak kami breakfast kat sebuah kedai tak jauh dari Pantai Penyabong tuh. Pekena nasi lemak dan roti canai.

9.30 am - Selesai breakfast kami pi ke Pantai Pasir Lanun plak, tak jauh dari Pantai Penyabong nih. Kat situ ada camp site dan chalet. Cuma, xde gerai jual makanan la.

11.24 am - Dapat sms dari Hin, member Ninja KL. Katanya dah sampai Pekan, Pahang. Tayar Cord plak dilapurkan terkena paku. Aku tros call Hin. Rupa2nya hanya 3 orang jer gang KL yg ikut bersamanya, iaitu Hin, Cord dan Joey Kenchang. Diaorang bertolak dari tol Gombak pukul 7.30 am. kalau ikutkan pd mula-mula buat list dulu,, patutnya boleh dpat hampir 20 orang gang Ninja KL yg bakal turun ride nih. Nak wat camner, ada hal peribadi last minute, Boss panggil dtg keje ari sabtu dll hal yg x dpt dielakkan.

11.30 am - Ahli-ahli gang Ninja Selatan yg lain tiba iaitu ; Djokerz dan isteri, Abg Kancha dan isteri, Nazmitan dan isteri, serta akhir sekali A'aa. Djokerz dan A'aa jer yg bawak Ninja250R. Heh, Djokerz, dpt gak aku jumpa hang. Nazmitan bawak ZX6 dan Abg Kancha, our member from Singapore bawak Hayabusa.



Selepas borak-borak utk seketika, CheAn bawak kami semua ke kedai makan utk minum2 bersama gang Ninja Selatan yg baru tiba nih. Mula la terasa ramai sket member. Mmg macam2 citer la yg kuar bila dah lepak ramai-ramai nih. Thanks Abg Kancha sbb banjer kami .




1.45 pm - Gang Ninja KL tiba, iaitu Hin, Cord dan Joey Kenchang.


2.00 pm - Gang Ninja Selatan yg tiba pukul 11.30 am tadi bergerak meninggalkan resort. Katanya, ada beberapa majlis lagi yg diaorang terpaksa pergi. Sempat jumpa 2 jam setengah jer ngan diaorang nih.


2.10 pm - CheAn bawak kami yg masih ada kat situ ke gerai makan lagi utk lunch. Lunch sambil borak-borak ngan Hin dan gang Ninja KL. Thanks CheAn sbb banjer lunch.

3.10 pm - Aku dan Zam terpaksa mengundurkan diri. Aku akan balik ke KT sorang-sorang. Ralf ngan Orca bercadang nak balik esok. Ralf amik cuti, Orca plak sedang bercuti panjang. Aku terpaksa balik sbb ari ahad tuh aku kerja. nak cuti,, x dpt..adoilla. Zam plak sbb ada urusan di KL. Dlm perjalanan, JPJ wat road block plak. Lepas kami tunjukkan lesen, dan tgk lesen B2 jer, pegawai JPJ tu siap tanya, "Ni berapa CC motor nih?" Kami jawabla "250cc jer Encik". Agaknya dia tak percaya pasal Ninja250R nih nampak besar. Mmg secara fizikalnya x jauh bezanya pun dgn motor 600cc.

3.24 pm - Aku dan Zam berhenti di Petronas Endau. Zam jer isi mintak,,pasal aku dah isi full tank masa kuar dinner mlm tadi. Selepas 10 minit, kami berdua troskan perjalanan. Sebaik shj sampai di persimpangan ke Muadzam Shah, kami berpecah. Zam troskan perjalanan ke KL, dan aku troskan perjalanan ke KT. Pd masa nih, ujan mula turun renyai-renyai. Sib baik, setengah jam kemudian, ujan berenti.

4.35 pm - Aku berhenti isi minyak di Shell Pekan Waterfront. Selepas 10 minit, troskan perjalanan semula. Tapi,,aku tersilap masuk jalan daa,,berpusing2 aku kat bandar Kuantan tuh. Akhirnya jumpa jalan menghala ke KT...hehehehehehe.

6.40 pm - Aku berenti isi minyak di Shell Kerteh. Pd masa nih, cuaca dah gelap, tanda2 yg menunjukkan ujan lebat bakal turun. Aku decide, kalau ujan lebat, aku berenti la mana-mana.

7.00 pm - Hujan mula turun. Aku decide berenti dulu la. Baik aku solat maghrib dulu. So, aku berenti la kat Petronas Paka 2. Aku lepak sampai pukul 8.00 mlm kat situ.

8.05 pm - Lepas tgk xder tanda-tanda ujan nak berenti, dan tgk ujan pun takderlah terlampau lebat sehingga boleh membahayakan, aku decide troskan perjalanan balik ke KT. Yg lecehnya, punya la byk kete beratur panjang. Sbbnya, follow blkg lori/ bas ler. Nak potong pun kena berhati-hati dlm keadaan ujan serta malam yg menghadkan lagi jarak penglihatan. Hujan mengiringi perjalanan aku dari Paka sehinggalah aku tiba di KT.

9.40 pm - Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai di rumah aku di Kuala Terengganu. Fuhhh,,legaaaa.

Ahli Ninja250R Malaysia yg ikut ride ke Penyabong. Semuanya menggunakan Ninja 250R kecuali dinyatakan sebaliknya.

Ninja Timur
1. Abie107 (aku ler)
2. Ralf
3. Zam
4. Orca.

Ninja Selatan
5.CheAn
6. Man
7. Bro Kancha (Hayabusa)
8. Bro Nazmitan (ZX6)
9.Djokerz
10.A'aa

Ninja KL
11.Hin
12.Cord
13.Joey Kencang.

7 comments:

  1. Best giler woo ... takdak rezeki nak ikut time ni. Next time insyaAllah. Syabas bro .. laporan yang 'meracun' keinginan. huhuhu...

    DAFINKA.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, ada rezeki kita ride sesama nanti, bro.

    ReplyDelete
  3. wah syabas bro utk 1st ride, next event bole join lagi , sure badan letih gile tspi yg pasti mesti puas hati .

    ReplyDelete
  4. rajin ko ride...hehehe

    aku seminggu lepas raya tu layan solo ride kl-jb-kl g kenduri kawin sedara aku...approx 735km. balik umah tros flat...padan muka aku

    ReplyDelete
  5. TQ Doc. Yup,,mmg penat tapi best gilerrr..
    Zul, biasalah 1st ride aku ngan gang Ninja nih. Tu yg rajin dan excited tuh.

    ReplyDelete
  6. aduhai Abie.. kat kampung aku tu.. huhuhu

    tapi memang best ko buat laporan..
    ko telah berjaya mengasut aku dan terasa sungguh rugi tak ikut serta..

    almaklumlah, baru lepas raya gitew! huhuhuu

    ReplyDelete
  7. Salam . Buatlah program konvoi ke Majlis Makan Malam Amal .Di Dewan pekan rabu Kluang pada 17 jan 2015 . 8.00 mlm. Berhibur sambil menderma sempena bulan maulidurasul

    ReplyDelete