Monday, December 28, 2009

Ride Iring Pengantin

Tgh hari semalam, aku bersama-sama rakan-rakan Ninja250R mengiringi pasangan pengantin dari Masjid Saujana Impian, Kajang ke rumahnya yg terletak kira-kira 1 km je dari masjid tersebut. Pengantin lelaki, Zack merupakan salah sorang gang Ninja250R juga.

Agak meriah jugak ler majlis Menyambut Menantu nih. Rupa2nya Zack merahsiakan drpd pihak rombongan perempuan tentang ideanya membawa pengantin perempuan sambil diiringi oleh kira-kira 30 biji Ninja250R ni. Suatu kejutan yg cukup meriah. Bayangkan, apabila kami sampai, ramai la awek-awek, pakcik-makcik, adik-kakak yg terpegun melihat kehadiran begitu banyak jentera Ninja 250R yg pelbagai warna dan pelbagai deruman bunyi ekzos.

Apa2pun Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Zack dan pasangannya, Hana. Doa kami,,agar kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yg comel. Terima kasih di atas jamuan nasi minyak yg mmg lazat sekali.

Semua gambar di bawah adalah ehsan Keylinsyukri dan Rajapelaut dari forum Ninja250R Malaysia.


Pengantin lelaki membawa pasangannya diiringi puluhan Ninja250R



1 comment:

  1. macam-macam kelainan utk menjadikan majlis masing2 begitu unik dan sentiasa segar diingatan.. hehehhe

    tahniah bro zack!

    ReplyDelete