Tuesday, December 8, 2009

Kembali Bertugas di KL

Pejam celik-pejam celik, dah 2 tahun aku bertugas di Kuala Terengganu (KT). Cepat betul masa berlalu. Masih teringat lagi, masa aku mula2 pindah ke KT dari KL pd akhir tahun 2007 dahulu. Masa tu, anak sulung aku baru umur 3 bulan. Skrg dah umur 2 tahun lebih, dan dah ada adik dah. Kini, dah tiba masanya utk aku dipindahkan semula ke KL.

So, pd pagi Jumaat lepas ( 4 Disember), lori datang angkut barang dari kuarters ku di Batu Burok, KT utk dibawa ke Ampang, Selangor. Aku bakal menyewa rumah di situ buat sementara waktu. Pd sebelah petangnya pula, aku berbegas balik ke kg ku di Machang, Kelantan utk mengambil isteri dan anak-anakku. Keesokan harinya, sekitar pukul 8.30 pagi, aku bertolak dari Machang, Kelantan ke Ampang, Selangor. Hujan renyai-renyai mengiringiku sepanjang perjalanan,, especially bila dah masuk negeri Pahang.

Aku sampai di Ampang, Selangor sekitar pukul 3 petang. Byk kali berhenti, maklumlah, jalan bawak anak kecik ni, macam2 hal,nak buat susu la, nak tukar pampers la. Bila sampai, singgah dulu di rumah adikku di Ampang juga, tak jauh pun dari tempat rumah sewa baru ku.

Walaupun cuma sekadar 2 tahun jer aku di KT, namun banyak kenangan manis yg aku dapat sepanjang bertugas di sana. Antaranya, rakan2 yg sporting dan suka tolong-menolong, jumpa kembali beberapa orang member satu sekolah dgn ku dahulu serta berkenalan dgn rakan-rakan bikers dari pelbagai kelab. Semuanya terpahat kukuh diingatanku...

No comments:

Post a Comment