Pada Jumaat malam sabtu yg lepas ( 29 Jan 2009), mini TTS zon O'zon telah berjaya diadakan buat julung kalinya bertempat di Restoran Nasi Kandar Deen Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor. Disebabkan oleh bertambah ramainya ahli forum Ninja250R Malaysia, maka selain drpd Official TTS yg diadakan sebulan sekali, mini TTS turut diadakan oleh zon masing-masing. Zon O'zon merangkumi ahli yg tinggal di kawasan Kuala Lumpur, Ulu Klang, Gombak, Ampang dan Cheras dan kawasan-kawasan yg sewaktu dgnnya.
Mini TTS bermula jam 8.30 pm lagi. Masa Danny call aku, awal-awal lagi aku cakap, aku dtg lewat sket, pasal ada hal sket. Then, lepas semua hal tu settle, aku pun gerak ke sana dari Ampang. Sampai di sana sekitar pukul 9.20 pm. Aik ? Baru 2 orang yg ada. Aku tgk Danny ngan Lowrider jer yg ada.
Lepas tu, sorang demi sorang muncul. Pd malam tuh, gang Ninja dari Zon Kilat dtg melawat Zon O'zon. Lagi la meriah. Drpd satu meja, terus berkembang jadi 8 meja.
Kali ni En Mad drpd Kawasaki Malaysia dtg ngan ER6F. Apalagi,,jd centre of attraction la jawabnya ER6F tuh. Ramai gang yg belek-belek,,duduk-duduk dan test ride ER6F nih,,termasuklah aku. Masa aku bawak ER6F tuh,,aku tak perasan pun ada Pondok Polis tak jauh dari kawasan kedai mamak tuh. Masa dah dekat nak sampai baru akau perasan. Aku buat selamba jer lah. Polis tu pandang jer aku yg bawak moto dgn tak pakai helmet,,,tapi pakai buff jer.. Fuhhh,,,legaaaaa,,cuak gak aku tadi, kalau tetiba disamannya aku..kes naya tuh... hehehehe
En Mad betul2 membawa keceriaan kpd kami la mlm tuh. Pertamanya, sbb dia bawak ER6F tuh. Yg keduanya, dia bawak Roda-roda keluaran terbaru, Februari 2010. Ada 2 cerita utama dlm RR terbaru yg mengujakan hati kami. Pertama, berita pandu uji KLX150S bersama media yg turut disertai oleh beberapa orang ahli forum kami. Yang keduanya, yg menggembirakan majoriti yg dtg malam tu ialah, berita mengenai Ninja Gathering yg kami adakan pd bulan Disember yg lalu di PD. Ramai yg excited tgk muka masuk mag, termasuklah aku sendiri...hehehehehe.
ye..yeah..ade my pict la..nice blog..
ReplyDelete