Pada hari sabtu lepas, bersamaan 12 Disember 2009, telah diadakan satu majlis meraikan pemilik/ahli kelab Ninja250r Malaysia yg berlangsung di Port Dickson Golf & Country Club (PDGCC), Port Dickson, Negeri Sembilan. Majlis yg julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yg luar biasa. Lebih kurang 90 orang pemilik/ahli kelab Ninja250r Malaysia telah menghadiri majlis tersebut (tidak termasuk anak isteri yg turut di bawa bersama oleh beberapa orang ahli keluarga Ninja).
Majlis ini dihadiri oleh para ahli forum yg datang dari Timur, Barat, Selatan, Utara serta Wilayah Tengah. Pendek kata, dari serata pelusuk Semenanjung Malaysia la. Aku join dgn Gang Ninja Wilayah Tengah (KL/Selangor) yg berkumpul di RV Point pertama di Hentian Rehat Serdang mengahala ke Selatan. Oh yer,,aku tak naik Ninja pasal aku bawak sekali anak dan isteri aku. Aku tiba di situ sejak pukul 11 pagi.Kemudian, satu demi satu ahli Ninja250R tiba di situ. Kat Hentian Serdang nih, cuma aku sekeluarga, Bro Miekawa sekeluarga, serta Topaz dan Anne sekeluarga shj yg bawak kete. Yg lain, semuanya bawak Ninja masing-masing. Ada la lebih kurang 20 bijik Ninja yg berkumpul di situ.
Kira-kira pukul 12 tgh hari , kami pun bertolak dan akan bertemu semula di RV seterusnya, iaitu R&R pertama selepas tol KL - Seremban Highway. PLUS highway agak sesak.Banyak plak kenderaan di PLUS highway ari nih.Then, bila aku sampai di R&R tersebut kira-kira 45 minit kemudian, berehat sekejap. Ada bebrapa gang Ninja lain yg dah menunggu di situ. Rehat sekiatr 15 minit jer, then, troskan perjalanan ke destinasi, PDGCC.
Barisan Jentera Ninja di Hentian Rehat Serdang
Ready to go......
Aku nih dah lama tak ke PD. Nak jumpa PDGCC ni byk kali gak le tersilap masuk jalan. Nasib baik gak ler, ramai orang yg kutemui memberi penjelasan yg baik arah yg nak kutuju nih. Akhirnya, berjaya sampai di PDGCC sekitar pukul 2.15 petang.
Tidak lama kemudian, sorang demi sorang ahli Ninja tiba secara solo, berdua, atau secara konvoi melibatkan gang Ninja dari seluruh pelusuk Semenanjung. Memang meriah sangat. Ninja 250R telah menakluki PDGCC. Terasa PDGCC tu kami yg punya.Yang bestnya, ramai yg baru pertama kali aku bersua-muka. Selama nih jumpa kat forum jer. Walaubagaimanapun, avatar yg diletakkan di forum, telah sedikit-sebanyak membantu mengenali gang2 Ninja yg belum pernah bersua-muka sblm nih.
Pd sebelah petangnya, selepas sedikit rehat, para AJK bertungkus-lumus membuat persiapan yg sepatutnya utk memastikan acara malam nanti berjalan lancar. Ada yg menampal nombor kat hadiah cabutan bertuah, ada yg pasang banner, ada yg buat nombor cabutan bertuah dan macam2 lagi lah.
Akhirnya, tepat jam 8.30 malam, majlis pun bermula. Majlis dikendalikan oleh 2 orang MC yg berbakat besar Bro Misbah dan Ninjacops. Mmg serasi la gandingan MC nih,, cayalah ! Oh yer, majlis ini turut dihadiri oleh pihak media. Namun, hanya wakil dari Roda-roda shj yg dapat menghadirkan diri. Majlis dimulai dgn ucapan drpd Pengarah Projek Ninja Mega Gathering 2009, Mejar Zaidi. Then, acara yg paling ditunggu-tunggu,,apalagi,,acara makan-makan la. Sambil makan-makan, kami saling beramah-mesra utk menambahkan lagi tali persaudaraan dan persahabatan. Acara lain spt persembahan slide oleh Bro Miekawa tentang xtvt Kelab Ninja 250R Malaysia sepanjang akhir tahun 2008 sehingga ke akhir tahun 2009 cukup menggamit memori.
Barisan AJK yg menjayakan Ninja Mega Gathering 2009
Acara lain yg turut dijalankan ialah 2 games yg cukup simple, mencari barang tersembunyi dan mencari barang yg diperlukan. Selain drpd tuh, acara cabutan bertuah sebanyak 3 pusingan turut dijalankan. Macam2 hadiah menarik ditawarkan spt MP3 player, handphone Nokia, minyak 4T jenama Rock Oil, Tuala muka Kawasaki, Porch bag Kawasaki dan lain-lain. Terima kasih kpd pihak Kawasaki Malaysia yg banyak menaja hadiah utk Lucky Draw. Aku sendiri, Alhamdulillah turut bernasib baik, memenangi Handphone Nokia 5030.
Dapat handphone free....
Majlis turut diserikan dgn Anugerah Pakaian terbaik lelaki dan wanita yg dimenangi oleh Mat Duan dan Butterflyz; Ninja paling sporting yg dimenangi oleh Ninjacops; serta Forumer paling aktif yg dimenangi oleh Doc Saiful. Yg paling kelakar bila Ninjacops punya la puji lebih2 kpd bakal pemenang Anugerah Ninja Paling Sporting tanpa diketahui bahawa dirinya sendiri yg menang. Rasa cam masuk bakul angkat sendiri plak...hehehehehehehe
Majlis berakhir sekitar pukul 11 malam. Ada gang Ninja yg balik malam tu juga , especially Gang Ninja KL/Selangor, Melaka serta Negeri Sembilan. Yg lain-lain, ada yg keluar minum digerai berhampiran, ada yg borak-borak sampai rasa ngantuk baru pi tidur.
Keesokan paginya, gang Ninja Selatan kul 8.30 pagi dah bertolak balik. Mana2 ahli Ninja yg tinggal lepak depan lobi utk acara bergambar yg bermula sekitar pukul 10.15 pagi. Acara bergambar ini turut disertai oleh wakil dari Roda-roda.
Akhirnya, selepas selesai acara bergambar, kami bersalam-salaman dan berpisah balik, menuju destinasi masing-masing. Aku ngan family aku plak, singgah dahulu di rumah member, juga seorang bikerz di Senawang, sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Ampang, Selangor.
Ninja Mega Gathering 2009 memang best! Rugi la pd ahli yg x dpt join. Tahniah kpd Mejar Zaidi dan varisan AJK yg bertungkus-lumus memastikan event berjalan lancar.Tak sabar nak tunggu Ninja Mega Gathering 2010 plak :)
gambar yg mencongkam itew, tak ada ke bro?
ReplyDeletemeh ler tepek kat sini...