Monday, November 23, 2009

Jumpa Gang Ninja di KT

Sekitar pukul 10 mlm pd Jumaat, 20 November 2009, tiba-tiba hp ku berdering. Tertera kat skrin HP ku nama "Tuff Ninja250R". Segera ku menjawab panggilan tersebut. Rupa2nya Tuff, kawanku merangkap Tuan Admin kat forum Ninja250R Malaysia sudah berada di Kuala Terengganu. Dia adalah salah seorang Marshall yg terlibat dalam Konvoi Jelajah Pantai Timur 2009 (JPT 2009)anjuran Kawasaki Malaysia yg bermula pd 20 Nov 2009 dan berakhir pd 22 Nov 2009. Kini, konvoi tersebut sudah berada di Sumai Hotel, Kuala Terengganu.

Tuff meminta bantuan utk ku bawakan kpdnya panadol dan minyak panas. Pening kepala dan lenguh-lenguh kaki katanya. Tuff turut memberitahuku, Bro Miekawa pun ada sama dalam Konvoi tersebut. Segera ku cari minyak panas yg mmg ada dalam simpananku dan mencapai kunci kereta, lalu meredah hujan renyai-renyai ke Sumai Hotel. Tak jauh pun dari rumahku yg terletak di Batu Burok, Kuala Terengganu. Dalam perjalanan, aku singgah sebentar di 7 Eleven yg terletak tak berapa jauh dari Sumai Hotel tuh utk kubelikan panadol utk Tuff.


Aku dan Bro Miekawa

Sampai jer kat Sumai Hotel tersebut, sebaik keluar dari lif di tingkat 1, aku ternampak kelibat Bro Miekawa di hadapan bilik Tuff. Segera ku menyapanya, lalu kami berdua tros masuk ke bilik Tuff tersebut. Actually ni la 1st time aku jumpa Tuff nih. Sblm nih jumpa kat forum ngan dengar suara kat telefon jer. Namun begitu, Semangat Bikers yg mempersaudarakan kami. Semangat bikers jugaklah yg membuatkan ramai bikers yg kat luar sana sanggup menolong bikers2 lain yg dalam kesusahan atau memerlukan bantuan. Lebih2 lagi, kalau mendapat tahu, ada rakan seforum yg datang ke wilayah yg kita tinggal, mmg teruja utk bersua-muka. Bro Miekawa ni pun, baru kali kedua aku jumpa. Sblm tuh jumpa kat TTS Genting Sempah beberapa minggu yg lalu.

Aku dan Tuff @ Admin

Malam tu kamibertiga ber"TTS" dlm bilik Tuff jer pasal Tuff tak larat nak keluar. Macam2 citer yg keluar, especially citer pasal Konvoi JPT 2009 ni. Berdasarkan citer Tuff dan Miekawa, kira-kira 30 orang yg join JPT 2009. Rata2nya guna jentera GTR 1400. 11 Marshall terlibat, termasuklah Tuff dan Bro Miekawa. Tuff menggunakan jentera Versys dan Bro Miekawa dgn ZX6. Tuff mengatakan konvoi kali ni mmg mencabar. Hujan lebat menemani perjalanan konvoi tersebut dari satu destinasi ke destinasi seterusnya.


Bila la nak bleh upgrade nih..hehehehe

Setelah borak-borak sekitar 2 jam, aku ngan Bro Miekawa pun keluar drpd bilik Tuff. Sblm balik, Bro Miekawa ajak aku tgk motor peserta JPT 2009 di perkarangan hotel, dan sempat la aku bergambar ngan ZX6 Bro Miekawa tu..hehehehe.

Oh ye, semua gambar adalah dgn ehsan Bro Miekawa. Thanks a lot Bro!


Lobi Hotel Sumai


p/s: Semasa citer ni ditulis, semua peserta konvoi telah selamat tiba di KL. Di bawah ini adalah catatan ringkasan perjalanan konvoi JPT 2009 (Juga dgn ehsan Bro Miekawa)

Day 1
Shah Alam > LPT ( kena hujan dari Termeloh ) Lunch > Cherating >
Dungun > Marang > KT ( Hotel Sumai )

Day 2
KT > Ikut Jln Dlm Pasir Putih ) > KB
( Hotel New Pacific KB )

Day 3
KB > Dabong > Machang > Raub > Bentong > KL

Lebih kurang 700 KM pejalanan...

Marshall ada 11 org
9 GTR, Versys ( Admin ), ZX-6 ( Miekawa )
kena buat Pilot dari Shah Alam sampai balik KL...tak leh nak pulas sgt....
average kat Highway 170 Km...jln dlm 120 je...hujan kalu 80km je....
tu yang sakit badan tu..masa bawak slow....

ada 2 tempat megharungi jalan yang dinaiki air paras lutut.....

3 comments:

  1. aku jelesss..

    dio org ride juga ke KT yea.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Tu la, napa Bro Maza tak ikut ? So, next year kena join la. tahun depan dgr citer Kawa buat gi Johor plak.

    ReplyDelete