Friday, April 23, 2010

Jalan jalan Cari Motor

Pagi semalam, sekitar pukul 10.00 pagi, Abg Judane dtg jemput aku lagi di hotel. Kali ni kami bercadang nak pi Givi Point, Penang yg baru je bukak kira2 sebulan yg lalu. Aku sebenarnya nak carik hard case bag back.

Selepas cucuk duit kat ATM, kami pun gerak ke sana. Bangunan mmg cantik, interior design juga cantik. Maklumlah kedai baru bukak. Sayangnya, lupa nak snap gambar barang sekeping dua. Haa...aku jumpa barang yg nak dicari tuh, tapi memandangkan harganya agak mahal, dan aku tau ada tempat yg jual lebih murah, so aku cancel la plan nak beli kat situ.

Apapun, kami spend masa sekitar 15 minit gak ler kat situ, sambil tgk2 bike acessories yg ada. Setelah puas, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya, David Choo Acessories di Butterworth.

Setelah merentasi Penang Bridge dan perjalanan yg memakan masa sekitar 15 - 20 minit, kami pun sampai ke destinasi yg dituju. Pd mulanya aku ingatkan mmg ia sebuah kedai yg lengkap dgn papan tanda. Rupa2nya ia hanya sebuah kedai kecil@ satu seksyen kecil dlm sebuah kedai yg menjual dan servis motosikal. Sblm nih, aku pernah beli barang dari David nih secara online. Berhubungan melaui email dan SMS jer. Ni la 1st time bersua muka.

Barang yg aku carik, mmg ada di kedainya, sama sebijik cam kat dlm web nya .So, dgn harga yg lebih murah, berjaya gak aku memiliki Givi hard case bag pack spt gambar di bawah ni.


Satu pembelian yg tak dirancang pun berlaku gak. Aku beli sehelai riding pant spt kat bawah ni. Asalnya, mmg nak cari gak riding pant, tapi tak terpikir plak nak beli dlm masa terdekat. Habis, dah sampai sini, ada rezeki lebih sket, angkat tros la..


Seterusnya, kami ke destinasi seterusnya, Mega Fortune Motoport, sebuah kedai yg jual dan servis superbike, juga di Butterworth ni. Abg Judane bercadang nak tukar tayar depan yg baru. Sementara menunggu kerja2 penukaran tayar tu selesai, kami pi makan tgh ari dulu la. Lagipun jam menunjukkan sekitar pukul 12.10 tgh ari.



Kira2 setengah jam kemudian, kami kembali semula ke kedai motor tuh. Nampaknya, kerja2 penukaran tayar blom selesai lagi. So, kami pun layan borak ngan sorang Abg Polis traffik yg servis VFR 800 nya kat situ. Mcm2 citer la yg Abg Polis tu kongsi ngan kami. Dari cerita bab saman, mat rempit, pengalaman jadi marshall LTdl dan macam2 lagilah. Mmg permaha Abg polis nih. Thanks, sbb sudi berkongsi citer ngan kami. Rancak sungguh borak,,sampai nama Abg Polis ni pun lupa nak tanya.



Akhirnya, setelah kerja2 penukaran tayar tersebut selesai, kami kembali semula ke arah pulau, dan Abg Judane hantar aku semula balik ke hotel, ketika jam menunjukkan pukul 1.30 tgh ari. Terima kasih lagi sekali Abg Judane.

No comments:

Post a Comment