Friday, April 23, 2010

Jalan jalan Cari Motor

Pagi semalam, sekitar pukul 10.00 pagi, Abg Judane dtg jemput aku lagi di hotel. Kali ni kami bercadang nak pi Givi Point, Penang yg baru je bukak kira2 sebulan yg lalu. Aku sebenarnya nak carik hard case bag back.

Selepas cucuk duit kat ATM, kami pun gerak ke sana. Bangunan mmg cantik, interior design juga cantik. Maklumlah kedai baru bukak. Sayangnya, lupa nak snap gambar barang sekeping dua. Haa...aku jumpa barang yg nak dicari tuh, tapi memandangkan harganya agak mahal, dan aku tau ada tempat yg jual lebih murah, so aku cancel la plan nak beli kat situ.

Apapun, kami spend masa sekitar 15 minit gak ler kat situ, sambil tgk2 bike acessories yg ada. Setelah puas, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya, David Choo Acessories di Butterworth.

Setelah merentasi Penang Bridge dan perjalanan yg memakan masa sekitar 15 - 20 minit, kami pun sampai ke destinasi yg dituju. Pd mulanya aku ingatkan mmg ia sebuah kedai yg lengkap dgn papan tanda. Rupa2nya ia hanya sebuah kedai kecil@ satu seksyen kecil dlm sebuah kedai yg menjual dan servis motosikal. Sblm nih, aku pernah beli barang dari David nih secara online. Berhubungan melaui email dan SMS jer. Ni la 1st time bersua muka.

Barang yg aku carik, mmg ada di kedainya, sama sebijik cam kat dlm web nya .So, dgn harga yg lebih murah, berjaya gak aku memiliki Givi hard case bag pack spt gambar di bawah ni.


Satu pembelian yg tak dirancang pun berlaku gak. Aku beli sehelai riding pant spt kat bawah ni. Asalnya, mmg nak cari gak riding pant, tapi tak terpikir plak nak beli dlm masa terdekat. Habis, dah sampai sini, ada rezeki lebih sket, angkat tros la..


Seterusnya, kami ke destinasi seterusnya, Mega Fortune Motoport, sebuah kedai yg jual dan servis superbike, juga di Butterworth ni. Abg Judane bercadang nak tukar tayar depan yg baru. Sementara menunggu kerja2 penukaran tayar tu selesai, kami pi makan tgh ari dulu la. Lagipun jam menunjukkan sekitar pukul 12.10 tgh ari.



Kira2 setengah jam kemudian, kami kembali semula ke kedai motor tuh. Nampaknya, kerja2 penukaran tayar blom selesai lagi. So, kami pun layan borak ngan sorang Abg Polis traffik yg servis VFR 800 nya kat situ. Mcm2 citer la yg Abg Polis tu kongsi ngan kami. Dari cerita bab saman, mat rempit, pengalaman jadi marshall LTdl dan macam2 lagilah. Mmg permaha Abg polis nih. Thanks, sbb sudi berkongsi citer ngan kami. Rancak sungguh borak,,sampai nama Abg Polis ni pun lupa nak tanya.



Akhirnya, setelah kerja2 penukaran tayar tersebut selesai, kami kembali semula ke arah pulau, dan Abg Judane hantar aku semula balik ke hotel, ketika jam menunjukkan pukul 1.30 tgh ari. Terima kasih lagi sekali Abg Judane.

Thursday, April 22, 2010

TTS di Penang - Part 2

Haa, pada malam kedua aku kat Penang plak, Abg Judane drpd gang Ninja Utara dtg amik aku kat hotel nih. Abg Judane dtg ngan Ninja 250R hitamnya beserta wifenya, Kak Mona yg jd pilion. Masa mereka berdua sampai, jam baru tunjukkan pukul 9.40 mlm. Ni kira 1st time jumpa live ngan Abg Judane. Selama nih jumpa kat forum Ninja jer.

Pasangan yg ceria.

Abg Judane cadang nak bawak aku pi makan sup kat Sup Hameed, tak berapa jauh drpd hotel aku nih. Disebabkan dia bawak pilion, so dia pi hantar dulu la wife dia kat Sup Hameed dulu, kemudian dtg amik aku plak.

Ceria selepas makan

Then, selepas order sup,,sambil borak2 Sky Hush plak dtg ngan Ninja250R hitamnya dan ditemani opismatenya yg baru jer amik ER6F kaler putih. Ni pun 1st time gak jumpa Sky Hush.

Hanya ada 3 jentera jer yg hadir TTS mlm ni

Macam2 citer la yg keluar, maklumlah baru bersua muka di alam nyata. Kami lepak kat Sup Hameed tu sehingga jam 12 malam. Abg Judane hantar aku semula balik hotel sblm dtg amik semula isterinya. Terima kasih byk Abg Judane. Best dpt jumpa Abg Judane dan Sky Hush.

TTS di Penang - Part 1

Selepas balik dari outstation di Kuching, aku amik cuti ari khamis dan jumaat (15 & 16 April) utk balik kg. Utk next outstation nih, aku cadang gerak dari kg aku la di Machang, Kelantan tuh. So, pagi isnin lepas (19 April), aku bertolak ke Penang dari kg aku di Machang, Kelantan.First time aku drive sendiri pi Penang dari Kelantan. GPS la jadi navigator aku. Sampai tghari,,singgah opis Public Mutual Butterworth jap..nak submit investment form. Pas tu proceed ke final destination, Traders Hotel,Penang. Saja kasi lambat sampai sket,,pasal nak tunggu check in kul 2 pm.

Kul 3 pm,,pi opis, pasal aku punya syift start kul 4 pm. Sampai sana jer,member aku bagitau syift petang start awal..kul 3 pm lagi depa dah start,,pasaloperasi blah pagi abis awal. Then, kul 6.45 dah bleh buat balancing dah. Kul7.15 dah settle semua. Wahh,,best btul,,dtg keje utk 4 jam jer..rezeki betullah...hehehehehe. Dengar citernya,, sepanjang minggu nih,, mmg boleh balik awal,, kalau paling lewat pun dijangka sekitar 9 pm jer.. instead of 12 am kalau full operation..Best ! Best!

So,,sbb dah tau balik awal semalam, calling2 la Maizi, Midgee dan Ronnie. Mana tau leh kuar TTS sama2 ka. Midgee selesema..cian kat dia..tak bleh kuar. Ronnie plak dah janji ngan member dia. Maizi jer available,,,tapi kitaorang decide jumpa lenkali la. Jumpa ramai2 lagi best.

Tetiba Maizi (member dari BNG) call sekitar pukul 7.50 pm Katanya, dia nak dtg amik aku. Dia pun kebetulan
cuti keesokan harinya. So, dia dtg amik aku kul 10 pm ngan LC135 power dia tuh. Bawak pi kedai mana ntah,, lupa la plak nama kedai tuh. Ada nasi berianikat kedai tuh,,tapi kami x order nasi beriani pun pasal perut kenyang lagi makan ptg tadi. Just order Cheese nan + ayam tandori jer. Pasal teringat kat pesanan Pok Leh,, SMS la kat Pok Leh citer kami tgh makan apa...hehehehehe.

Hampir 2 jam gak ler lepak ngan Maizi semalam. Macam2 hal. Dari hal motor, Vtec, drag race, layan corner, bab2 keluarga, bab2 cari duit, buat duit dan macam2lagi lah. Heh, maklumlah lama tak jumpa, macam2 citer lah kuar.

Setelah berkongsi macam2 citer,,sekitar pukul 12 mlam, Maizi hantar semula aku balik ke Traders Hotel. Thanks a lot bro !

Wednesday, April 21, 2010

Lamanya Tak Update...

Hmmm,,bukak jer blog ni, tgk2,,dah sebulan lebih aku tak update. Ntahlah,,mungkin sebab dah sebulan lebih aku berehat dari sebarang xtvt permotoran nih.

Semuanya bermula sejak aku outstation ke Kuching, Sarawak pd 23 Mac - 13 April yg lalu. Bukan xder citer menarik masa kat Kuching tuh,,tapi sindrom malas yg melanda, menyebabkan blog ni tak update..hehehehe

Dan, skrg nih aku outstation kat Penang plak sejak 19 April lalu. Sempat rehat beberapa hari jer,,pastu kena outstation lagi. Tak pernah terjadi 2 outstation dlm masa terdekat sblm nih.

Sejak dtg Penang nih, ada beberapa perkara yg aku bleh kongsi. Esok la aku citer...dah ngantuk la plak....