Sunday, March 7, 2010

Kawasaki Half Day Ride - 7 Mac 2010 - Ride 3 Dalam 1


Ninjarians yg menyertai ride kali ni.

Seawal pukul 5.45 pagi aku dah bangun. Bangun dengan penuh bersemangat beb. Maklumlah jap lagi bakal tercatat satu lagi sejarah baru dalam hidupku. Pada hari ni, 07 Mac 2010, buat pertama kalinya sejak aku pindah semula ke KL, dapat join Kawasaki Half Day Ride (KHDR) yg biasanya diadakan pd setiap hujung minggu (ahad). Dah banyak kali dah, aku terlepas KHDR nih. Selalunya kalau tak disebabkan aku balik kampung, aku ada appointment ngan client aku.

Selepas selesai mandi, solat dan sebagainya, sekitar pukul 6.45 pagi, aku tros shoot ngan Ninja hijau ku dari Ampang ke Saujana Utama Sg Buluh, kerana dah janji nak gerak sekali ngan Nazwan ke HQ Kawasaki kat Glennmarie tu bersama-sama. Dari Ampang, aku memasuki MRR2 sehinggalah sampai ke Paya Jaras, dan seterusnya menuju ke simpang Saujana Utama. Sampai jer kat simpang Saujana Utama tuh,, aku tunggu lebih kurang 10 minit sebelum Nazwan membuat kemunculan dgn Ninjanya yg sama kaler ngan Ninja ku.

Tanpa berlengah lagi, sekitar pukul 7.30 pagi, kami berdua tros bertolak ke HQ Kawa melalui Guthrie Highway, dan akhirnya sampai ke HQ Kawa sekitar 7.50 pagi. Aku tengok lengang jer. Aku dan Nazwan saling berpandangan. Rupa2nya kamilah gang Ninja pertama yg tiba kat situ. Pengawal Keselamatan yg nampak kami berdua di situ, seakan tau tujuan kami kat situ tros bagitau, En. Mad dah ada kat dalam.Kemudian, kami terpandang sebuah ZX6. Tahulah kami, En. Mad akan bawak ZX6 ari ni.


Barisan Jentera Kawasaki Tersusun Cantik

Kemudian, seorang demi seorang gang Ninja tiba di HQ Kawa. Makin meriah plak rasanya. Dengan deruman ekzos yg pelbagai, skim warna yg pelbagai, gelagat kengkawan ygpelbagai, makin menambahkan keceriaan pagi tuh. Biasalah kalau dah jumpa tuh, macam2 citer la yg kuar. Beberapa orang gang2 junior, nampak malu-malu pada awalnya, lama-kelamaan makin dapat mebiasakan diri. Gang2 senior pun, ada sesetengahnya blom berkesempatan berjumpa satu sama lain sblm nih, rasa excited dpt jumpa gang yg sebelumnya hanya wujud di alam cyber menerusi forum ninja.

Azrak tgh kusyuk belek ZX6

Bila dah agak ramai, Bro Miekawa memberikan Borang CKD Ride yg bakal diadakan pd 8 dan 9 Mei nanti. Ramai yg mengambil kesempatan utk tros mengisi borang sambil memberikan tros duit bayaran utk ride tersebut. Maklumlah tempat terhad, hanya utk 100 peserta yg terawal yg mendaftar dan membuat bayaran sepenuhnya.

Isi Bang...Jgn tak isi..Kang melepas CKD Ride nih.....

Macam biasa, sekitar pukul 8.30 pagi, En. Mad mula memberi taklimat ringkas tentang ride pada hari tersebut. Ramai yg mendengar dgn penuh kusyuk taklimat yg diberikan oleh En. Mad, terutama sekali route yg bakal kami lalui.Akhirnya, diputuskan kami akan ke Hulu Yam dan seterusnya ke Batu Arang, Rawang.

Ramai yg tersenyum bila dengar nama Hulu Yam, especially bagi yg kaki meleper tuh. Dah terbayang dah corner-corner menarik yg bakal dilalui. Di Batu Arang tu pulak sebenarnya ada satu majlis kahwin yg perlu kami hadiri, atas jemputan sorang staff HR Kawasaki, yg menjemput kami ke majlis kahwin adiknya.

En.Mad tunjuk apa tu ?

Kusyuk sungguh Ninjarians mendengar taklimat

Bila la nak abis taklimat nih,,perut dah berkeroncong dah ni.....

Selesai penerangan ringkas oleh En. Mad, konvoi yg disertai oleh 30 buah jentera yg terdiri drpd sebuah ZX6, sebuah ER6f, sebuah ER6n, sebuah Versys dan bakinya Ninja250R, mula meninggalkan perkarangan HQ Kawa menuju ke sebuah restoran mamak berdekatan utk breakfast.

Ceria nampak ?... Maklumlah perut dah tak kosong lagi.....

Alhamdulillah,,perut dah penuh..baru best nak pi ride

Selesai bersarapan, konvoi dipimpin oleh Bro Miekawa dgn jentera Ninja250R kuningnya, membawa kami menyusuri NKVE, keluar di tol Jalan Duta, memasuki DUKE sekejap, sebelum menyusur turun di Jalan Kuching di area Selayang. Seterusnya, memasuki Batu Caves dan akhirnya sampai di laluan menuju ke Hulu Yam.

Last pit stop sebelum meratah corner Hulu Yam

Masa ni lah,,masing2 dengan gaya tersendiri, meratah corner-corner yg ada di sepanjang laluan Hulu Yam tuh. Mana yg terer meleper tuh, berdesup meninggalkan rakan2 yg lain. Aku nih bukan pandai sangat layan corner nih,,tapi teruja la jugak. Bolehla nak layan sket-sket. Lagipun dah lama dah aku tak datang sini. Kali terakhir, seingat aku, dalam 8 tahun lepas kot, aku pernah layan corner kat Hulu Yam nih dgn 125Z.

Selepas puas melayan corner di lauan Hulu Yam tuh, kami pun menyusur turun ke pekan Hulu Yam. Tiba-tiba, di suatu simpang tiga, selepas pekan Hulu Yam tuh, kelihatan semua kenderaan bersesak-sesak. Dari jauh, aku nampak kelibat beberapa orang anggota polis berkeliaran di situ. "Eh, ada accident ke ? ", getus hatiku. Tak lama kemudian, aku nampak beberapa rakan Ninja ku memberi isyarat agar park motor ditepi jalan. So, kami pun tros park jentera kami, tetapi masih tetanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku di hadapan. Selain accident, ada dikalangan kami yg ingatkan ada tunjuk perasaan.

Akhirnya, kami tahu gak apa sebenarnya yg berlaku. Rupa2nya, jalan ditutup sempena Le Tour de Langkawi (LTdL) pusingan terakhir, dari Kuala kubu Baru - Kuala Lumpur. Apa lagi, tunggu pelumba-pelumba basikal yg sertai LTdL melintas depan kami ler. Semua nampak excited, termasuklah aku. Maklumlah, perkara yg tak masuk dalam agenda hari ni, tetiba boleh terlibat plak. lagipun, tak ramai drpd kami yg tengok live LTdL sblm ni pun.

Heh,,background kete Polis...

Ninjarians sungguh bersemangat menanti ketibaan pelumba basikal

Masa kami sampai di simpang tiga tuh, baru pukul 10.30 pagi. Rasa2nya hampir sejam gak kami disitu. Rasa macam pesta plak. Best tengok gelagat pelbagai ragam manusia. Abang polis yg sedang mudar-mandir di situ, kereta peronda dan motosikal peronda polis yg tak habis-habis membuat lintasan, gelagat penonton yg mmg datang secara sengaja ataupun tak sengaja (termasuk grup kami ler).

Apa yg kelakarnya, tgh syok kami perhatikan senario tuh, tiba-tiba En. Mad bersuara, "Budak Ninja ni minat tengok lumba basikal rupanya." "Alaa En. Mad, ni agenda negara nih, kenalah sokong, " balas Joey Kencang. "Ha'ah En. Mad, kena sokong tuu," sampuk aku plak. En. Mad tergelak jer dengar kami cakap camtu...hehehehehehe.

Setelah agak lama kai di situ, akhirnya pelumba2 LTdL mula mula menampakkan diri dan membuat lintasan. Semua penonton termasuk grup kami memberi tepukan gemuruh. Best dapat tgk live. Seingat aku, ni baru kali kedua aku tgk LTdL. Pertama kali masa kat Shah Alam,,tahun bila ntah,,aku pun lupa. Tu pun, tgk pasal jalan ditutup gak...hehehehehe

Haa..dah dekat nak sampai dah tuuu.....

Mana Anuar Manan nih ?

10 minit kemudian, kami pun meneruskan perjalanan semula. Tapi,,baru beberapa minit bergerak, perjalanan kami agak terganggu sedikit. Jarum speedometer hanya menunjukkan kelajuan antara 50 - 60 km/j jer. Rupa2nya, laluan yg kami susuri nih adalah juga laluan yg sama disusuri oleh grup pelumba LTdL tadi. Kami betul2 berada di belakang kereta peronda dan kereta sokongan LTdL. Secara tak langsung, grup Ninja kami ni seolah2 escort pelumba2 LTdL. Agaknya , penonton2 yg kat tepi2 jalan tu pun anggap kami camtuh. Diaorang siap lambai-lambai lagi kat kami sepanjang perjalanan tu.

Setelah hampir 15 minit bergerak pd kelajuan yg memboringkan tuh, Bro Miekawa buat keputusan singgah jap kat sebuah restoran di Serendah. Mmg boring pun. Bila shj aku park motor aku, tetiba ada sorang akak tu tegur aku dan Hydesama, "Kenapa korang singgah sini, tak ikut grup LTdL sampai abis ke ?" Betul sangkaan aku, penonton yg tgk kat tepi jalan tu anggap kami ni grup escort LTdL rupanya. Setelah citer sket kat akak tu,,baru dia faham keadaan sebenarnya. Tapi,, apa yg bestnya, akak tu minta kami berdua (aku dan Hydesama) bergambar bersama ahli keluarganya. Heh,, rasa cam artis plak..ahaks!

Tak sah kalau tak tersusun cantik cam ni.

Menu baru..sup helmet..takpun helmet goreng....

Arghh...lega rasanya.....

Rasanya, kami lepak hampir setengah jam gak kat restoran tuh, sebelum kami gerak ke destinasi seterusnya, masjid di Rawang. Kami perlu berada di masjid tuh dalam pukul 12.30 tgh ari utk mengiringi pengantin ke majlis perkahwinan di Batu Arang, Selangor.

Kami sampai di masjid tuh kira-kira jam 12.35 tgh ari,,takde la lewat sangat. Itupun,,bukan gerak tros. Sempat lagi kami lepak-lepak diperkarangan masjid, minum air mineral, tangkap gambar dan borak-borak sementara nak bertolak mengiringi pengantin.

Sampai di masjid

Kat masjid pun semua jentera Ninja tersusun baik punya...

Ko nak pi mana tu, Masyuk ? Tangkap gambar dulu la....

Mana satu motor aku ni ?

Konvoi yg terdiri drpd 30 buah jentera Kawasaki mengiringi pasangan mempelai ke rumah pengantin di Batu Arang, Selangor pd pukul 1.20 tgh ari. Kalau tak silap, dalam pukul 1.45 tgh ari, kami sampai didestinasi. Apalagi,,perut pun mmg dah lapar, panas lak tuh. Beramai-ramai kami serbu makan nasik minyak ari tuh. Alhamdulillah,,mewah lunch ari ni.

Aik ? Apa kes ni ? Pengapit pakai t-shirt ngan jeans jer ?

Akhirnya, selepas selesai makan-makan, kami bertolak balik ke destinasi masing-masing sekitar pukul 2.45 petang. Aku bertolak balik dgn Nazwan ke Saujana Utama, Sg Buluh sbb ada nak jumpa member jap kat situ. Aku sampai di rumah aku di Ampang pd ari tu sekitar pukul 5.15 petang.

Mmg best la ride pd ari ni. Dah la 1st time aku join KHDR nih. Ramai plak yg turun,,sampai 30 orang. Ride kali nih dtg dgn pakej; Layan corner di Hulu Yam, menonton dan jadi unofficial escort LTdL, serta menjamu selera di majlis kahwin. Ride 3 in 1 bak kata En. Mad. Secara jujurnya,,mmg terasa penat dan letih,,tapi hati puas tahap MAKSIMUM...yeahhhhh!!!!

No comments:

Post a Comment