Monday, September 12, 2011

Minggu Yang Meletihkan.

Seminggu yg lalu, minggu yg agak meletihkan bagi aku. Setelah berehat hampir 3 minggu drpd sebarang bizz xtvt, bermula hari Isnin (5 Sept bersamaan ngan 7 Syawal), aku memulakan kembali bizz xtvt ku. XTVT kali ni melibatkan perjalanan yg agak jauh,,pusing separuh Malaya !

Pagi Isnin 5 Sept, aku bertolak ke Kuala Terengganu, Terengganu. Berada di sana sehingga hari rabu. Kebetulan ada sorang member aku tgh outstation kat situ. So,,aku lepak ngan dia la kat Grand Continental Hotel, KT. Ada gak teman bersembang. Sepanjang 3 hari 2 malam tu,,aku jumpa semua agen aku kat sana,,buat meeting sket bersama Group Agency Mgr (GAM) aku yg mmg tinggal di KT. Jumpa semula semua investors aku, update diaorang punya investment. Alhamdulillah, dapat lak 3 orang new investors.

Pd pagi khamis plak (8 Sept), seawal pukul 8 pagi aku meninggalkan Hotel GrandCon, KT menuju ke KL. Thanks to my friend, Fajar yg sudi menumpangkan aku di hotel tu. sepanjang perjalanan, sempat singgah jumpa member di Marang, Kerteh dan Kemaman. Semasa di Kemaman,,sempat la tido jap rumah kawanku, Zaki. Taklah ngantuk sangat masa nak drive di LPT yg sekitar 200KM tuh.

Lebih kurang pukul 7.30 mlm, singgah plak di rumah Che Madi, tlg hantarkan beberapa bagasinya yg ditumpangkan ke dlm kereta ku. Akhirnya selepas solat Maghrib dan isyak dan keluar dinner ngan Che Madi, aku bertolak ke rumahku di Puchong. Spi di sana dah hampir pukul 11 malam.

Keesokan harinya plak, Jumaat (9 Sept)..pd sebelah malamnya, ada meting ngan agen2ku serta bakal agen kpd agenku (kira bakal indirect agent aka "cucu" aku la ni). Habis je meeting, tros menuju ke rumah Che Madi, tido kat sana.

Esok paginya plak Sabtu (10 Sept), selepas hantar Che Madi pergi ke tempat kursus, aku menyusur PLUS Highway menuju ke Penang.

Sebaik shj memasuki Penang sekitar pukul 1.30 tgh hari,tros ke KFC House, jumpa Adi, agenku di sana. Dia bawak prospek agen. Bantu dia buat career presentation. Okla,,nampak positive je prospek agen tu.

Semalam plak Ahad (11 Sept), jumpa 2 orang investors aku di Bertam, Kepala Batas, Penang. Petang nanti (Isnin 12 sept),,nak masuk Georgetown lg skali,,ada appointment ngan investors aku gak.

Erm,,mmg meletihkan,,,tapi kalau kita ENJOY apa yg kita buat..jap je hilang letih tu...lebih2 lagi bila dah dapat "hasil" drpd usaha kita tu :)

No comments:

Post a Comment