Khabar angin yg bertiup sejak 2 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan. Cesc Fabregas, akhirnya kembali semula ke tanah airnya dan meyertai kelab lamanya, Barcelona. Sesuatu yg menyedihkan buat aku dan Arsenal fan yg lain. Dan, seorang lagi bintang Arsenal, Samir Nasri dijangka melengkapkan perpindahan ke Manchester City dlm masa terdekat ini. Suatu tamparan hebat buat Arsenal utk mengharungi musim baru EPL season 2011/2012.
Bagi aku,,semuanya ini berlaku disebabkan oleh kedegilan Arsene Wenger, selaku pengurus dan jurulatih Arsenal, utk membeli beberapa pemain bintang utk menguatkan skuad Arsenal,,tapi ghairah membentuk pemain muda. Menbentuk pemain muda adalah baik,,tapi perlu diimbangi oleh pembelian pemain2 bintang. Kalau hanya mengharapkan kpd beberapa bintang utama spt Fabregas, Nasri, Van Persi shj,,,masalah akan timbul bila pemain utama ini tercedera. Pemain gantian tidak mampu bermain dgn baik. Berbanding dgn Mancester United dan Chelsea, dan yg terkini Mancester City.. 2nd team mampu beraksi sehebat 1st team. Ini yg gagal dilalukan oleh Arsenal. Tu pasal la, satu trofi pun tak dpt dimenangi oleh Arsenal. Ramai fan yg menyuarakan rasa tidak puas ini di mana2 forum di seluruh dunia.
Fabregas pula, sudah 8 tahun mengabadikan hidupnya di Arsenal. Tiada koleksi trofi di dlm kabinetnya. Umur pula dah semakin meningkat. Tu pasal la, baik blah ke Nou Camp je sementara berada dlm kemuncak prestasi ni.
Harap Arsene Wenger dpt amik iktibar. Harap amik perhatian dah ramai Arsenal fan yg bengang dan marah dgn situasi ini. Apa2pun diharapkan juga, dgn kehadiran Gervinho, Carl Jetkinson, Chamberlain serta pemain muda sensasi Jepun, Ryo Miyaichi yg berjaya mendapatkan permit kerja di England..Arsenal mampu memberi impak..walaupun tugas tersebut nampak agak sukar utk dilakukan. Go Gunners !!!!!
No comments:
Post a Comment