Tuesday, August 16, 2011

Daftar Syarikat di SSM


Kira -kira jam 2.30 petang tadi, aku pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yg terletak di Plaza Alam Sentral (PAS), Shah Alam, nak buat pendaftaran syarikat. Actually, dah lama nak buat pendaftaran syarikat,,tapi asyik tertangguh jer.

Kebetulan plak, sebaik shj selesai appointment aku di Blue Wave Hotel dgn seorang bakal agen, aku dah takde xtvt nak buat. Memandangkan dah ada kat Shah Alam nih,,pi PAS tros la,,settle kan hajat yg dah lama tertangguh tu.

Okla,,kira cepat la jugak proses pendaftaran tu..kebetulan plak orang pun tak ramai sangat. Lebih kurang satu jam jer,,settle semua sekali. Heh,,skrg aku dah ada comp yg sah yg dinamakan Dynamic Vision Consultancy. Semuanya ini dilakukan dlm usaha utk mengukuhkan lagi bizz yg aku jalankan. Mudah2an, bizz aku tros berkembang maju...Aminnn....

Bye Bye Fabregas



Khabar angin yg bertiup sejak 2 tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan. Cesc Fabregas, akhirnya kembali semula ke tanah airnya dan meyertai kelab lamanya, Barcelona. Sesuatu yg menyedihkan buat aku dan Arsenal fan yg lain. Dan, seorang lagi bintang Arsenal, Samir Nasri dijangka melengkapkan perpindahan ke Manchester City dlm masa terdekat ini. Suatu tamparan hebat buat Arsenal utk mengharungi musim baru EPL season 2011/2012.

Bagi aku,,semuanya ini berlaku disebabkan oleh kedegilan Arsene Wenger, selaku pengurus dan jurulatih Arsenal, utk membeli beberapa pemain bintang utk menguatkan skuad Arsenal,,tapi ghairah membentuk pemain muda. Menbentuk pemain muda adalah baik,,tapi perlu diimbangi oleh pembelian pemain2 bintang. Kalau hanya mengharapkan kpd beberapa bintang utama spt Fabregas, Nasri, Van Persi shj,,,masalah akan timbul bila pemain utama ini tercedera. Pemain gantian tidak mampu bermain dgn baik. Berbanding dgn Mancester United dan Chelsea, dan yg terkini Mancester City.. 2nd team mampu beraksi sehebat 1st team. Ini yg gagal dilalukan oleh Arsenal. Tu pasal la, satu trofi pun tak dpt dimenangi oleh Arsenal. Ramai fan yg menyuarakan rasa tidak puas ini di mana2 forum di seluruh dunia.

Fabregas pula, sudah 8 tahun mengabadikan hidupnya di Arsenal. Tiada koleksi trofi di dlm kabinetnya. Umur pula dah semakin meningkat. Tu pasal la, baik blah ke Nou Camp je sementara berada dlm kemuncak prestasi ni.

Harap Arsene Wenger dpt amik iktibar. Harap amik perhatian dah ramai Arsenal fan yg bengang dan marah dgn situasi ini. Apa2pun diharapkan juga, dgn kehadiran Gervinho, Carl Jetkinson, Chamberlain serta pemain muda sensasi Jepun, Ryo Miyaichi yg berjaya mendapatkan permit kerja di England..Arsenal mampu memberi impak..walaupun tugas tersebut nampak agak sukar utk dilakukan. Go Gunners !!!!!

Monday, August 15, 2011

XTVT Bulan Puasa.

Erm,,as expected..masuk jer bulan puasa nih...XTVT agak slow sket. Bila call jer existing investors mahupun bakal investors, rata2nya menolak nak jumpa atas alasan bulan puasa. Bakal2 agen pun sama gak. Tak best cakap2/lepak2 kalau takde makan2 or minum-minum. Boleh dikatakan, hampir semuanya minta nak jumpa lepas Raya. Tapi,,apa2pun still ada yg tak kisah. Ok lah,,at least ada la gak xtvt aku drpd dok terperap kat rumah jer. Cuma waktu aku "bekerja" pendek je lah. Kuar rumah dah kul 10 pagi,,sblm kul 3 dah ada kat rumah balik dah.

Ni pun baru balik je dari branch office kat Shah Alam. Submit EPF scheme Investment drpd beberapa investors aku, dan submit Agent Application Form. Ada sorang member aku berminat nak jadi UTC gak...Ok la tu...rezeki gak tuh...Alhamdulillah...

XTVT permotoran aku pun boleh dikatakan terhenti buat seketika..sejak aku jual Ninja250R aku kpd kawan aku..kira2 4 bulan lepas. Forum Ninja pun dah jarang2 masuk. Erm..ingat nak aktif balik menjelang akhir tahun nih,,tapi kena ada motor balik la. Nak kena tgk budget gak tu.Walaupun member2 sepermotoran byk kali gak ajak join xtvt diaorang,,,tapi bila pi ngan kete rasa cam tak best plak.

Apa2pun,,4 da time being..aku punya priority nak mantapkan bizz aku dulu. Bila dah capai target yg aku nak..bolehlah duit lebihan beli motor baru..kalau boleh CC yg lagi besar la dari CC motor sblm nih.

Erm,,sedar tak sedar masuk bulan ke 4 gak le,, aku bekerja sendiri. So far..Alhamdulillah...rezeki yg Allah bagi skrg ini, lebih drpd gaji bulanan yg diterima dahulu. Waktu pun flexible. Sukati je nak setup "waktu bekerja" sendiri. No more ikut arahan Boss. Now,,aku lah kuli,,aku lah Boss. Hidup terasa bebas. Rasa cam burung lak,,bebas terbang diangkasa :)