Monday, November 23, 2009

Jumpa Gang Ninja di KT

Sekitar pukul 10 mlm pd Jumaat, 20 November 2009, tiba-tiba hp ku berdering. Tertera kat skrin HP ku nama "Tuff Ninja250R". Segera ku menjawab panggilan tersebut. Rupa2nya Tuff, kawanku merangkap Tuan Admin kat forum Ninja250R Malaysia sudah berada di Kuala Terengganu. Dia adalah salah seorang Marshall yg terlibat dalam Konvoi Jelajah Pantai Timur 2009 (JPT 2009)anjuran Kawasaki Malaysia yg bermula pd 20 Nov 2009 dan berakhir pd 22 Nov 2009. Kini, konvoi tersebut sudah berada di Sumai Hotel, Kuala Terengganu.

Tuff meminta bantuan utk ku bawakan kpdnya panadol dan minyak panas. Pening kepala dan lenguh-lenguh kaki katanya. Tuff turut memberitahuku, Bro Miekawa pun ada sama dalam Konvoi tersebut. Segera ku cari minyak panas yg mmg ada dalam simpananku dan mencapai kunci kereta, lalu meredah hujan renyai-renyai ke Sumai Hotel. Tak jauh pun dari rumahku yg terletak di Batu Burok, Kuala Terengganu. Dalam perjalanan, aku singgah sebentar di 7 Eleven yg terletak tak berapa jauh dari Sumai Hotel tuh utk kubelikan panadol utk Tuff.


Aku dan Bro Miekawa

Sampai jer kat Sumai Hotel tersebut, sebaik keluar dari lif di tingkat 1, aku ternampak kelibat Bro Miekawa di hadapan bilik Tuff. Segera ku menyapanya, lalu kami berdua tros masuk ke bilik Tuff tersebut. Actually ni la 1st time aku jumpa Tuff nih. Sblm nih jumpa kat forum ngan dengar suara kat telefon jer. Namun begitu, Semangat Bikers yg mempersaudarakan kami. Semangat bikers jugaklah yg membuatkan ramai bikers yg kat luar sana sanggup menolong bikers2 lain yg dalam kesusahan atau memerlukan bantuan. Lebih2 lagi, kalau mendapat tahu, ada rakan seforum yg datang ke wilayah yg kita tinggal, mmg teruja utk bersua-muka. Bro Miekawa ni pun, baru kali kedua aku jumpa. Sblm tuh jumpa kat TTS Genting Sempah beberapa minggu yg lalu.

Aku dan Tuff @ Admin

Malam tu kamibertiga ber"TTS" dlm bilik Tuff jer pasal Tuff tak larat nak keluar. Macam2 citer yg keluar, especially citer pasal Konvoi JPT 2009 ni. Berdasarkan citer Tuff dan Miekawa, kira-kira 30 orang yg join JPT 2009. Rata2nya guna jentera GTR 1400. 11 Marshall terlibat, termasuklah Tuff dan Bro Miekawa. Tuff menggunakan jentera Versys dan Bro Miekawa dgn ZX6. Tuff mengatakan konvoi kali ni mmg mencabar. Hujan lebat menemani perjalanan konvoi tersebut dari satu destinasi ke destinasi seterusnya.


Bila la nak bleh upgrade nih..hehehehe

Setelah borak-borak sekitar 2 jam, aku ngan Bro Miekawa pun keluar drpd bilik Tuff. Sblm balik, Bro Miekawa ajak aku tgk motor peserta JPT 2009 di perkarangan hotel, dan sempat la aku bergambar ngan ZX6 Bro Miekawa tu..hehehehe.

Oh ye, semua gambar adalah dgn ehsan Bro Miekawa. Thanks a lot Bro!


Lobi Hotel Sumai


p/s: Semasa citer ni ditulis, semua peserta konvoi telah selamat tiba di KL. Di bawah ini adalah catatan ringkasan perjalanan konvoi JPT 2009 (Juga dgn ehsan Bro Miekawa)

Day 1
Shah Alam > LPT ( kena hujan dari Termeloh ) Lunch > Cherating >
Dungun > Marang > KT ( Hotel Sumai )

Day 2
KT > Ikut Jln Dlm Pasir Putih ) > KB
( Hotel New Pacific KB )

Day 3
KB > Dabong > Machang > Raub > Bentong > KL

Lebih kurang 700 KM pejalanan...

Marshall ada 11 org
9 GTR, Versys ( Admin ), ZX-6 ( Miekawa )
kena buat Pilot dari Shah Alam sampai balik KL...tak leh nak pulas sgt....
average kat Highway 170 Km...jln dlm 120 je...hujan kalu 80km je....
tu yang sakit badan tu..masa bawak slow....

ada 2 tempat megharungi jalan yang dinaiki air paras lutut.....

Wednesday, November 18, 2009

Ekor baru Ninjaku

Alhamdulillah,,,setelah sekian lama menunggu, akhirnya siap gak member aku bikin ekor baru Ninja250R ku. Malam tadi, pi amik Ninja aku kat bengkel sekitar pukul 10 malam. Pagi ni, cadang nak bawak pi keje,,ujan la plak.

Nak tgk rupa baru ekor Ninja aku ? Haa,,tgklah gambar2 nih. Ok tak ?




Thursday, November 12, 2009

TTS Lagiii...

Gang Ninja Wilayah Timur (Terengganu) telah berjaya mengadakan satu lagi TTS di Bandaraya Kuala Terengganu pd malam tadi. Cam biasa , port kami ialah Mayang Village Foodcourt, Mydin Mall, K.T'ganu.

Aku sampai di Mydin Mall tu sekitar pukul 9.30 mlm. Aku tak datang dengan Ninja 250R aku pasal still kat bengkel kawan aku. Ada a few parts yg blom pasang lagi. So, datang TTS ngan kete je lah. Nampak kelibat Abg Din dtg dgn ZXR 250nya tgh cari parking gak. kemudian jumpa satu Ninja250R kaler hijau sama cam Ninja aku, tgh melilau cari parking. Ingatkan siapa, rupa2nya Pitong. Maklumlah, aku lom jumpa Pitong lagi sblm nih.

Selesai cari tempat parking, tros aku menuju ke Mayang Village Foodcourt. Ralf ngan Wanpuma pun dah sampai. Diaorang pun datang ngan kete mlm tu. Then, Abg Din dan Pitong yg berjaya cari tempat parking yg sesuai join kami di kedai mamak Mayang Village.

Hanya kami berlima je berTTS malam tuh. Zam plak ada kat KL, x dpt la join sekali. Topik perbualan malam tu just topik-topik ringan jer. Saja nak hilangkan boring dok rumah, kuarlah minum ngan kengkawan sepermotoran.

Kami dok lepak situ tak lama mana pun. Jam 11.30 malam, kami dah bersurai. Pitong yg datang dari Dungun menumpang tidur di rumah Wanpuma dan Ralf pd malam tu.

Oklah, ni serba sedikit gambar TTS pd malam tu.





Thursday, November 5, 2009

Yang Di Tunggu Dah Tiba...

Tgh hari semalam, semasa aku sedang bersiap untuk keluar lunch, tetiba officemate aku jerit dari jauh, "Abie, barang yang kau tunggu dah tiba". Segera aku menoleh kat kaunter di lobi pejabatku, nampak dari jauh seorang posman membawa satu bungkusan yang agak besar. Hati aku dah berbunga riang. "Hmm, sampai gak akhirnya " kataku di dalam hati.

"Barang apa ni, Encik. Besar tapi ringan jer," tanya posman tu. "Barang motor," jawabku ringkas. Lepas tu bertalu-talu pertanyaan yg aku terima dari rakan2 sepejabatku yg lain sebaik melihat bungkusan yg aku terima tu. Maklumlah saiz bungkusan tu agak besar, pasti menimbulkan persoalan bagi sesiapa yg melihatnya. Disebabkan byk dapat pertanyaan, aku bagi la macam-macam jawapan, barang motor la, robot la, helikopter kontrol la..


Haa,,korang tau apa barang yg aku tunggu tu ? Actually, bulan lepas aku order satu barang dari rakan forum Ninja250R, iaitu "Undertail Ninja 250R" yg diperbuat drpd carbon fibre. Barang ni dibeli oleh seorang rakan yg dikenali sbg Kirana drpd negara seberang, Indonesia. Rakan aku nih pos bungkusan yg mengandungi Undertail nih hari Isnin, 2 Nov 2009. Tak sangka, pos biasa leh sampai dlm 2 hari jer dar KL ke KT nih.

Bungkusan nih actually mengandungi 2 unit Undertail. Satu kaler hijau yg aku punya, dan satu kaler hitam member aku punya, iaitu Zam, serta sebuah windscreen kepunyaan Zam jugak. Aku perhatikan bungkusan tu elok jer. Ingat nak bukak kat opis tu tros, tapi memikirkan sure ramai yg akan bertanya dan belek-belek barang dalam tu, aku decide bukak bila balik rumah nanti la. Sempat juga aku SMS Zam mengatakan barang yg ditunggu dah tiba. Zam membalas balik SMS mengatakan akan datang tgk barang tu petang nanti.

Sebaik shj aku sampai di rumah sekitar pukul 6 petang, Zam turut tiba di rumahku 10 minit kemudian. Aku pun mula buka bungkusan tersebut. Tengok cantik dan elok cara pembungkusannya. Semua barang nampak elok, kecuali 2 drpd 4 telinga Undertail milik Zam pecah. Tapi aku rasa, yg nih member aku yg terer bikin fibre bleh repair.


Pd sebelah malamnya, sekitar pukul 9 malam, aku hantar Undertail tersebut ke bengkel motor rakanku di Kuala Terengganu ni dgn kereta. Tidak lama kemudian Zam pula tiba ngan Ninja 250R hitamnya. Lepas belek2 Undertail milik Zam yg pecah telinganya tu, dia kata takde masalah nak repair nih,,sket jer ni. Lega Zam mendengarnya. Kemudiannya, aku balik semula ke rumahku ngan Zam utk membawa Ninja250R ku ke bengkel tersebut. Terima kasih Zam kerana tolong bawakan Ninja 250R ku. Aku mengiringi Zam dgn kereta ke bengkel tersebut sekali lagi.

Then, bila sampai di bengkel rakanku tersebut, kami borak-borak sehinggalah jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Selepas itu, kami semua balik ke rumah masing-masing. Ninja 250R ku tinggalkan di bengkel tersebut utk proses modifikasi. Berkemungkinan seminggu kot memandangkan ada barang yg terlibat dlm proses modifikasi ini belum diterima lagi. Aduhh,, sedihnya nak berpidah ngan Ninja kesayanganku ini. Semasa dlm perjalanan balik ke rumah, aku dah terbayang dah camner rupa ekor baru Ninja 250R aku nanti. Korang nak tau? Tunggu posting aku seterusnya...kasi misteri sket...hehehehehe