Petang semalam, aku bersama2 rakan2 (Unit Trust Consultant)UTC dari Terengganu yg layak ke National Sales Conventon (NSC), berlepas dari Airport KT ke KLIA pukul 4.15 ptg. Sebaik shj tiba di KLIA kira2 45 minit kemudian, sudah ada sebuah bas yg menunggu kami utk membawa kami ke Sunway Tower Hotel. Sebaik tiba di Sunway Tower hotel, aku ditempatkan dibilik berdua, dan roomate aku juga adalah dari caw Kuala Terengganu.
NSC adalah acara tahunan yg ditunggu2 oleh semua UTC yg berkelayakan. Inilah majlis yg mengiktiraf hasil kerja keras semua UTC dan medan pertemuan utk berkongsi pengalaman dgn UTC2 yg lain dari seluruh pelusok negara. Mlm tadi pun, aku sempat lepak2ngan top-top leader yg datang dari pelbagai cawangan di Malaysia. Alhamdulillah, byk ilmu dan tips2 yg aku timba dari otai-otai nih.
Bermula seawal pukul 9.00 pagi tadi, dan berakhir kira2 jam 4.30ptg, NSC telah berlangsung dgn jayanya dlm suasana yg meriah dan gilang-gemilang. Mlm ni dan pagi besok acara bebas. So, tunggu Annual Award Nite (AAN) di Mines Ehhibition Ctr dan seterusnya trip ke Phuket pd hari Isnin nanti.
Oh yer, jutaan terima kasih aku ucapkan kepda semua Mentor aku dlm bizz nih, rakan seperjuangan, agen2 bawah seliaanku, serta para investors yg menaruh kepercayaan kpdku. Berkat sokongan korang, dpt la aku merasa buat pertama kalinya NSC, AAN dan trip ke Phuket ini.