Wednesday, September 30, 2009

Aku dan Dunia Dua Roda

Aku cukup meminati alam dunia dua roda aka alam permotoran sejak dari kecik lagi. Tapi,,aku lewat menunggang motor. Masa Form1 baru aku belajar naik motor . Tu pun motor member sekolah,,pasal abah aku tak bagi try motor dia. Heh,,tak susah sangat naik motor nih, cam naik beskal jer,,bezanya motor ni ada enjine dan ada gear jer...hehehehehehehe

Kalau bab lumba moto,,,sejak kecik lagi aku dah kenal nama-nama pelumba MotoGP cam Eddy Lawson, Freddie Spencer dan Kenny Roberts Sr. Maklumlah zaman awal 80an dulu,,kalau iklan rokok Marlboro siarkan gambar Eddy Lawson,,satu page besar tuh ,,siap aku boleh gunting wat poster tampal kat dinding. Begitu juga Rothmans dgn poster Freddie Spencer dan Lucky Strike ngan poster Kenny Roberts Sr.

Aku byk dapat info berkenaan alam permotoran nih drpd pelbagai majalah tempatan spt Roda-roda, Dunia Roda (kemudiannya jadi Dunia Moto,,skrg dah pupus dah), Mingguan Sukan dll. kalau majalah luar negara plak spt Fast Bike. Tapi majalah luar negara nih aku tak beli,,tumpang baca kat rumah member jer,,maklumlah mahai majalah nih...hehehehehe

So far, aku dah memiliki beberapa buah motor. Motor pertama yg aku pakai C70 dan Kriss 1st model Abah aku ler. Motor pertama yg aku beli plak Suzuki RG Sports. Beli 2nd hand jer,,maklumlah baru je memasuki alam pekerjaan di KL pd akhir tahun 1999. Tu pun arwah Nenek aku bagi pinjam duit dia buat aku beli motor. Awal tahun 2001 plak, aku trade in RG Sports tuh,,amik brand new Yamaha 125ZR plak. Motor nih byk jasanya kat aku. Lebih kurang 6 tahun gak ler aku pakai motor nih,,sehinggalah aku jual motor nih kat adik kawan aku pd penghujung 2007. Kini, motorku yg terkini ialah Kawasaki Ninja 250R.






Muqaddimah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kpd semua pengunjung blog. Alhamdulillah, berjaya juga aku buat blog untuk aku ceritakan pengalaman hidup yg ku lalui untuk tatapan bersama. Namun, rasanya kemungkinan besar isi kandungan blog ini lebih berkisar tentang dunia dua roda a.k.a alam motosikal. Maklumlah, aku ni memang minat motor dari kecik lagi. Cukuplah kot sbg muqaddimah. Nantikan coretan aku seterusnya.....