Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

16 Mei merupakan hari yg cukup istimewa bagi insan yg bergelar pendidik, apabila tarikh ini dipilih sbg Hari Guru. Sempena Hari Guru 2012, aku mengucapkan Selamat Hari Guru kpd semua pendidik , tidak kiralah samada guru,pensyarah, Ustaz, Ustazah dan apa2 gelaran yg sewaktu dgnnya, terutama sekali buat semua pendidik yg pernah mengajarku dari alam pra sekolah sehinggalah aku menamatkan Ijazahku. Jasa kalian cukup besar bagiku.

Aku doakan agar semua pendidik anak bangsa ini diberi kekuatan utk terus tabah menabur bakti dgn penuh ikhlas, mudah-mudahan anda semua diberi ganjaran yg sewajarnya oleh Allah SWT.


Monday, May 14, 2012

Tahniah Manchester City



Tahniah kpd Manchester City, juara baru EPL musim 2011/2012. Setelah menunggu selama 44 tahun, akhirnya mereka di mahkotakan sbg Juara EPL mlm tadi, setelah 2 jaringan pada minit kecederaan hasil jaringan Sergio Eguero dan Edin Dzeko memadamkan kelebihan jaringan QPR yg sebelum itu mendahului dgn keputusan 2 - 1.

Secara tak langsung, menyebabkan Manchester City berkongsi mata dengan Manchester United yg turut mencatat kemenangan 1 - 0 menentang Sunderland. Namun kelebihan jaringan yg dimiliki Manchester City membolehkan mereka dinobatkan sbg juara baru EPL. Ramai member2 aku  yg merupakan penyokong tegar skuad jolokan Red Devils kecewa pada saat-saat akhir. Dah ramai yg nak celebrate dah, walaupun game Man City vs QPR blom lagi berakhir.

 Tapi, takdir menentukan juara EPL bukan milik mutlak mereka musim ini. Maka penuh la member2 aku yg bukan penyokong Red Devils memaparkan status di FB mereka, happy sangat sbb Red Devils tak berjaya memenangi EPL, padahal mereka bukan penyokonmg Manchester City pun,,tapi atas dasar tak nak tengok Manchester United menang EPL...termasuklah aku...hehehhee

Apa2pun, aku lebih fokus tentang penamat saingan bagi team favourite aku, Arsenal. Fuhh,,sib baik boleh tamatkan saingan di tempat ke 3, dapatla slot automatik terakhir ke Champion League next season. Kalau dapat tempat ke 4, mmg boleh layan play - off..itupun kalau Chelsea tak memenangi Champion League season ni. Kalau Chelsea menang, xde la playoff tu. Dan, skrg ni, agaknya Tottentam Hotspurs yg menghuni tangga ke 4 EPL, mengharapkan Chelsea kalah kot, agar diaorang dpt main playoff...hehehehe

Selain drpd tu, penting juga utk Arsenal layak automatik ke Champion League adalah untuk membolehkan penyerang profilik Robin Van Persie kekal di Emirates Stadium. Dgn pembelian Luksz Podolski baru2 ini, aku mengharapkan Arsenge Wenger akan membawa masuk beberapa lagi World Class player utk musim depan. Barulah boleh jadi pencabar terkuat utk semua kejuaraan !